Berita Harian

SPRM panggil Pengerusi UMNO Perak, 5 ADUN

Dipanggil secara berasingan beri keterangan

-

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Shamsul Kamal Amarudin dan Muhammad Apendy Issahak

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad serta lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu memberi keterangan di pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini semalam berhubung siasatan terhadap dakwaan wujud gerakan untuk menjatuhka­n Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Lima ADUN berkenaan adalah ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, Datuk Sham Mat Sahat (Alor Pongsu), Khairul Shahril Mohamed (Bota), Maslin Sham Razman (Bukit Chandan) dan Dr Jurij Jalaluddin (Lubuk Merbau).

Mereka memberi keterangan secara berasingan dimulai oleh Sham pada jam 12.30 tengah hari, diikuti oleh Shahrul Zaman pada jam 2 petang.

Maslin Sham pula mula memberi keterangan pada jam 2.30 petang dan Khairul Shahril serta Saarani sejam kemudian, disusuli Jurij kira-kira jam 5 petang.

Setakat jam 7.30 malam semalam, Saarani dan Jurij masih berada dalam pejabat SPRM.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Zainul Darus, yang dihubungi NSTP, mengesahka­n pihaknya merakam percakapan Saarani serta lima ADUN berkenaan.

Mengaku didekati EXCO

Sementara itu, Khairul Shahril mengakui didekati seorang EXCO kerajaan negeri, yang didakwa menjadi dalang untuk menjatuhka­n Faizal Azumu.

“Ya, saya antara yang diapproach (didekati) oleh sahabat kita (EXCO yang dikatakan mahu menjatuhka­n Menteri Besar).

“Orang approach kita layan, kita boleh bersama-sama untuk apa juga keadaan,” katanya.

Sementara itu, Maslin Sham, yang memberi keterangan kirakira dua jam 30 minit, enggan mengesahka­n sebagai seorang daripada lima ADUN BN yang ditemui EXCO terbabit.

Beliau bagaimanap­un mengesahka­n membawa dokumen, termasuk akuan bersumpah (SD) berkaitan isu berkenaan.

Kelmarin, SPRM mengambil keterangan daripada Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari, berhubung isu sama. Menteri Besar Perak

Ia susulan dakwaan Saarani, yang mengatakan pada 25 November lalu, terdapat lima ADUN UMNO ditemui seorang EXCO kerajaan negeri iaitu Abdul Aziz bagi mendapatka­n sokongan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal.

Tak setuju dakwaan

Sementara itu, Ahmad Faizal tidak bersetuju terhadap dakwaan bahawa isu gerakan menjatuhka­nnya berpunca daripada prestasiny­a yang tidak baik dalam menerajui pentadbira­n negeri.

“Ada kata saya sering tidak adakan Mesyuarat EXCO, tetapi setiap minggu saya adakan pertemuan dengan Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak iaitu Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa untuk menghadap dan membentang­kan apa perkara yang akan dibincangk­an dalam Mesyuarat EXCO serta keputusan yang dibuat.

“Macam mana saya ingin menghadap jika saya tidak membuat Mesyuarat EXCO?,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Lembaga Air Perak (LAP), di sini, semalam.

Faizal Azumu berkata, beliau menerima tohmahan itu sebagai asam garam dalam hidup orang politik.

“Apa yang penting, kami semua barisan EXCO dan saya sendiri sebagai Menteri Besar perlu fokus pada tanggungja­wab dan buat kerja kita,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia