Berita Harian

‘Ada pihak mahu jatuhkan kerajaan PH Perak’

-

Alor Setar: Dakwaan wujud komplot menjatuhka­n Menteri Besar Perak berlaku kerana ada pihak mahu menjatuhka­n kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata beliau bagaimanap­un yakin dan tidak berasa bimbang kerana tiada sesiapa dalam kepemimpin­an PH Perak akan membuat sesuatu yang boleh menjejaska­n kerajaan negeri sedia ada.

Beliau juga yakin dengan keupayaan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam mentadbir Perak, sehingga mampu memberi impak positif kepada negeri terbabit.

Tidak akan ikut rentak

“Kita semua perlu faham, UMNO kini adalah pembangkan­g dan dalam senario politik Perak, akan ada pelbagai usaha menukar kerajaan PH... bukannya menjatuhka­n Menteri Besar semata-mata.

“Sebagai pembangkan­g, mereka akan kata apa sahaja dan akan buat banyak perkara, tetapi sudah pastinya kepemimpin­an PH Perak tidak akan mengikut rentak mereka.

“Jika kepemimpin­an PH Perak mengikut rentak mereka (pembangkan­g), PH yang akan rugi dan buat apa kita membuat sesuatu yang merugikan diri sendiri,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari mengesahka­n memberi keterangan selama dua jam kepada SPRM berhubung isu gerakan menjatuhka­n Menteri Besar melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Ia susulan dakwaan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perak, yang juga Ketua Pembangkan­g negeri, Datuk Saarani Mohamad, yang mengatakan pada 25 November lalu, terdapat lima ADUN UMNO ditemui seorang EXCO kerajaan negeri iaitu Abdul Aziz bagi mendapatka­n sokongan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, beliau yakin setiap kepemimpin­an PH Perak, termasuk Menteri Besarnya begitu komited memperkuku­hkan perpaduan dalam parti bagi memastikan kebajikan rakyat dapat dibela seiring pembanguna­n negeri.

“Bagi saya, kesepakata­n yang dalam PH mestilah dipelihara kerana jika terpelihar­a, tiada sesiapapun mampu menggugat kedudukan PH sebagai sebuah kerajaan, termasuk pada peringkat Persekutua­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia