Berita Harian

Pulau Kukup kekal Taman Negara Johor

Sultan Ibrahim sedia bertemu pencinta alam pastikan ekosistem dipulihara

- Oleh Junita Mat Rasid

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan supaya Pulau Kukup dikekalkan sebagai Taman Negara Johor.

Perkara itu dikongsi oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dalam twitter rasmi beliau,

semalam, bagi menjelaska­n status sebenar Pulau Kukup yang sebelum ini dikatakan sudah dibatalkan sebagai rizab Taman Negara.

Tunku Ismail turut berkongsi surat yang ditandatan­gani Setiausaha Sulit Sultan Johor, Jaba Mohd Noah yang ditujukan kepada Pengarah Tanah dan Galian Johor.

Surat bertajuk ‘Kedudukan Pulau Kukup Kekal Sebagai Taman Negara Johor’ itu memaklumka­n bahawa Sultan Johor berkenan supaya kedudukan Pulau Kukup yang diletakkan di bawah Enakmen Sultanate Land terus kekal digunakan sebagai kawasan Taman Negara Johor.

Produk pelanconga­n negeri

Surat itu juga memaklumka­n supaya Pulau Kukup hendaklah dijaga dan dikawal selia oleh kerajaan Johor di bawah Perbadanan Taman Negara Johor bagi menjadikan­nya sebuah produk pelan- congan negeri.

Dalam twitternya, Tunku Ismail turut menyuaraka­n kenapa isu Pulau Kukup diperbesar­kan dan dipolitikk­an.

“Isu tanah adalah hak mutlak kerajaan negeri. Saya yakin apa pun keputusan Kebawah Duli Tuanku dan kerajaan negeri adalah demi kepentinga­n dan kedaulatan Johor,” katanya.

Tunku Ismail juga memaklumka­n Sultan Johor dan beliau sendiri bersedia bertemu dengan pencinta alam sekitar yang mahu mendapatka­n kepastian agar ekosistem di Pulau Kukup dipulihara untuk melindungi hidupan liar dan marin.

“Ya. Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan saya sendiri gembira untuk bertemu dengan mereka. Bila-bila masa sahaja,” katanya.

Beberapa hari lalu, tersebar satu salinan surat warta kerajaan negeri dalam media sosial yang memberitah­u pembatalan perizaban Taman Negara Pulau Kukup.

Menurut warta bertarikh 24 September lalu itu, pembatalan keseluruha­n kawasan yang diisytihar sebagai kawasan Taman Negara Pulau Kukup berdasarka­n kuasa diberi mengikut Subseksyen 3(3) Enakmen Perbadanan Taman Negara (Johor) 1989.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia