Berita Harian

NSTP kekal komited, berusaha tingkat pendapatan

-

Kuala Lumpur: Gangguan digital memaksa banyak syarikat media tempatan dan global melakukan transforma­si bagi menambah baik kandungan untuk kekal relevan.

Ketua Pegawai Eksekutif, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk Seri Abdul Jalil Hamid, berkata gangguan digital itu turut mempengaru­hi teknologi yang secara langsung mempengaru­hi tingkah laku pengguna dan pendemokra­sian kandungan.

Katanya, ia memerlukan anjakan minda, budaya, proses dan sistem, yang mana berita tidak lagi berpaksika­n media cetak, tetapi didahului versi digital, yang sentiasa ada mengikut permintaan 24 jam di hujung jari, di mana saja dan pada bila-bila masa.

“Sebagai sebahagian daripada Media Prima Berhad (Media Prima), NSTP akan terus berusaha meningkatk­an pendapatan, mengurus kos dan kekal komited bagi memenuhi segmen pembaca serta pengguna yang kian meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Memeterai Perjanjian Bersama (CA) bagi penggal 2017-2019 antara NSTP dengan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), di Balai Berita, di sini, semalam.

Abdul Jalil mewakili NSTP, manakala NUJ diwakili Presiden NUJ, Mohd Taufek Razak.

Rundingan capai kesepakata­n

Yang turut hadir, Ketua Pengarang NSTP, Datuk Yushaimi Maulud Yahaya; Pengurus Kanan Sumber Manusia Kumpulan Media Prima, Nor Arzlin Redzwan; Setiausaha Agung NUJ, Chin Sun Chew dan Pengerusi Cawangan NSTP-NUJ, Farah Marshita Abdul Fatah.

Perjanjian CA baharu itu akan memanfaatk­an 363 wartawan bukan eksekutif daripada tiga produk penerbitan NSTP, iaitu

Times, BH dan

Abdul Jalil berkata, walaupun industri media berhadapan cabaran, beliau gembira kerana CA baharu itu berjaya dimeterai.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada kepemimpin­an dan ahli NUJ atas sumbangan dan sokongan bagi memastikan inisiatif ini dapat dijayakan sepenuhnya.

“Syabas kepada pasukan keduadua pihak yang terbabit dalam rundingan untuk mencapai kesepakata­n bagi faedah bersama,” katanya.

 ?? [FOTO AZHAR RAMLI/BH] ?? Abdul Jalil (tiga dari kiri) dan Sun Chew (tiga dari kanan) pada majlis Memeterai Perjanjian Bersama bagi penggal 2017-2019 antara NSTP dengan NUJ sambil diperhati (dari kiri) Nor Arzlin, Yushaimi, Mohd Taufek dan Farah Marshita di Balai Berita, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AZHAR RAMLI/BH] Abdul Jalil (tiga dari kiri) dan Sun Chew (tiga dari kanan) pada majlis Memeterai Perjanjian Bersama bagi penggal 2017-2019 antara NSTP dengan NUJ sambil diperhati (dari kiri) Nor Arzlin, Yushaimi, Mohd Taufek dan Farah Marshita di Balai Berita, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia