Berita Harian

Dua bebas dengan jaminan

-

Subang Jaya: Penasihat undang-undang dan pengarah pembanguna­n kepada syarikat MCT Bhd, yang ditahan petang kelmarin, sudah dibebaskan dengan jaminan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata kedua-dua mereka ditahan kirakira jam 4.45 petang bagi membantu siasatan kes rusuhan di Kuil Maha Mariamman, USJ 25, dekat sini, minggu lalu.

“Jaminan dibenarkan Majistret dengan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah sebanyak RM10,000, tanpa cagaran. Kedua-dua individu terbabit akan hadir semula ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 12 Disember depan untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Nafi upah samseng merusuh

Syarikat pemaju, One City Developmen­t Sdn Bhd (One City), anak syarikat MCT Berhad sebelum ini menafikan pihaknya memberi upah kepada sekumpulan samseng untuk melakukan rusuhan di kuil itu.

Menerusi satu kenyataan pada 28 November lalu, syarikat pemaju itu berkata, kakitangan­nya yang ditempatka­n di lokasi berkenaan diarahkan untuk memberi sokongan logistik dan membantu untuk penempatan semula secara teratur di bawah pengawasan pihak polis.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media khas di Putrajaya menjelaska­n siasatan polis mendapati peguam kepada pemaju One City memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia