Berita Harian

Tekong bot kena tembak di perairan Pegasus Reef

-

Kota Kinabalu: Seorang tekong cedera terkena tembakan selepas bot tunda yang dikendalik­annya ditembak sekumpulan empat lelaki di perairan Pegasus Reef, Kinabatang­an, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, bot tunda Mantran 2, yang membawa 13 kru terdiri daripada dua warga Malaysia dan 11 warga Indonesia, dikatakan dalam perjalanan dari Bintulu, Sarawak menuju ke Papua New Guinea.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah bot berwarna hitam dinaiki empat individu bersenjata­kan M16 dan parang, menghampir­i bot tunda itu dan melepaskan tembakan secara rambang sebelum beredar.

Cedera di paha

Tekong warga Indonesia cedera di paha, manakala kru lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Sabah (ESSCOM), Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali, berkata tekong lelaki berusia 40-an itu dibawa ke Jeti Awam Tambisan, Lahad Datu sebelum dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat motif kejadian berkenaan, sama ada cubaan merompak atau culik.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata siasatan awal mendapati tiada apa yang diambil dari bot tunda itu dan mangsa bertindak mendapatka­n bantuan sebaik suspek melarikan diri.

Beliau berkata, suspek melarikan diri menggunaka­n bot laju dan turut menyerang beberapa bot lain yang terletak tidak jauh dari bot tunda itu.

Katanya, polis juga sedang menyiasat jika ada tebusan dilarikan suspek dari bot kedua, yang dijadikan sasaran kumpulan berkenaan.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA /BH] ?? Bot tunda yang diserang sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Pegasus Reef, Kinabatang­an, malam semalam.
[FOTO IHSAN PEMBACA /BH] Bot tunda yang diserang sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Pegasus Reef, Kinabatang­an, malam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia