Berita Harian

Artikel peguam didakwa pertikai Institusi Diraja

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyoal siasat Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sevan Doraisamy berhubung satu artikel tulisan seorang peguam yang didakwa mempertika­ikan Institusi Diraja.

Sevan memaklumka­n perkara itu kepada pemberita selepas selesai proses soal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield­s, semalam.

Katanya, beliau disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

“Siasatan terhadap saya dibuat kerana artikel diterbitka­n di laman web Malaysia Muda, saya adalah penasihat kumpulan anak muda yang mengusahak­an laman web berkenaan.

Niat artikel jelas

“Siasatan adalah ke atas kedudukan saya sebagai penasihat (kumpulan itu) dan artikel berkenaan, saya percaya niat artikel itu jelas, ia artikel yang sangat terbuka, dengan meminta ahli politik untuk lebih menghampir­i orang awam.

“Ia perlu lebih terbuka, lebih terdedah kepada rakyat berbanding kita bersuara kepada yang berkuasa saja. Ini yang saya maklumkan pegawai penyiasat,” katanya.

Sevan berkata, polis tidak perlu membuang masa dan sumber untuk menggunaka­n Akta Hasutan menyiasat perkara itu dan menggesa kerajaan memansuhka­n akta berkenaan.

“Saya harap ini kes terakhir di mana kerajaan menggunaka­n Akta Hasutan untuk menyiasat,” katanya.

Tak tolak peguam dipanggil polis

Sevan juga tidak menolak kemungkina­n peguam berkenaan akan dipanggil polis sekali lagi.

9 Julai lalu, sebuah portal berita memetik artikel tulisan peguam berkenaan yang dimuat naik di laman web Malaysia Muda.

Tiga hari kemudian, peguam berkenaan dipanggil polis untuk disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia