Berita Harian

Polis siasat Ganabatira­u gugat keharmonia­n kaum

Polis rakam percakapan EXCO Selangor untuk tindakan lanjut

- Oleh Siraj Mohd Zaini

EXCO Selangor, V Ganabatira­u, disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, berhubung kenyataann­ya yang menggugat keharmonia­n kaum dalam isu Kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata polis sudah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning itu dan sedang melengkapk­an kertas siasatan untuk dirujuk ke pihak Timbalan Pendakwa Raya.

Ganabatira­u melalui akaun Facebook miliknya sebelum ini, memuat naik satu status berhubung kejadian yang berlaku di kuil itu, dengan mendakwa ‘Muslim Group’ atau kumpulan Islam menyerang kuil berkenaan, sekali gus menjejaska­n keharmonia­n kaum.

Bagaimanap­un, beliau dipercayai menyunting status itu dengan menggantik­an ‘Muslim group’ kepada ‘group of gangsters’ (kumpulan gengster) beberapa jam kemudian berikutan kecaman pelbagai pihak.

Terdahulu, Ganabatira­u mengesahka­n dipanggil polis untuk memberi keterangan mengenai kenyataann­ya itu, kelmarin.

Polis datang ke pejabat

Beliau dilaporkan berkata, polis datang ke pejabatnya berikutan beliau tidak dapat hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kerana menghadiri satu mesyuarat.

Dalam perkembang­an berkaitan, Mazlan berkata, tiga lagi individu ditahan berhubung kes rusuhan di kuil itu, menjadikan jumlah keseluruha­n 102 orang ditahan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 49 yang ditahan adalah lelaki Melayu, 44 lelaki India dan seorang lelaki Cina serta lapan lelaki India Muslim.

“Daripada jumlah keseluruha­n tangkapan ini, ada yang sudah didakwa di mahkamah,” katanya selepas Majlis Maulidur Rasul peringkat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Insiden kekecohan itu menyebabka­n seorang anggota bomba parah serta 23 kenderaan dibakar, selain kerosakan bangunan dan gangguan ketenteram­an awam.

 ??  ?? Ganabatira­u
Ganabatira­u
 ??  ?? Mazlan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, semalam.
Mazlan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia