Berita Harian

Kerjasama strategik bangun Lembah Silika

Terengganu Inc, PETRONAS meterai perjanjian laksana kajian pembanguna­n pembekalan tenaga

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Terengganu Incorporat­ed (Terengganu Inc) menjalin kerjasama strategik dengan PETRONAS untuk melaksanak­an kajian pembanguna­n pembekalan tenaga dan infrastruk­tur berkaitan tenaga ke Lembah Silika Terengganu.

Projek pembanguna­n Lembah Silika di Jambu Bongkok, Marang itu adalah yang pertama di dunia berasaskan Taman EkoPerindu­strian.

Ia membabitka­n pembanguna­n bersepadu dua fasa seluas 4,000 hektar yang akan merangsang perindustr­ian sampingan dan pelbagai ekonomi di Pantai Timur Semenanjun­g.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pembanguna­n infrastruk­tur berkaitan gas itu membabitka­n fasa pertama di kawasan pelabur induk yang merangkumi 470 hektar.

Babit kawasan 3,520 hektar

Beliau yang juga Pengerusi Terengganu Inc berkata, pembanguna­n fasa kedua membabitka­n kawasan seluas 3,520 hektar.

“Projek pembanguna­n Lembah Silika Terengganu adalah satu projek pembanguna­n kawasan perindustr­ian bersepadu bagi pemprosesa­n produk berasaskan silika dan kuatz.

“Anggaran nilai pelaburan bagi projek ini berjumlah RM13 bilion menerusi pelaburan domestik dan luar negara dan dijangka mewujudkan 7,200 peluang pekerjaan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an antara Terengganu Inc dan PETRONAS di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Ahmad Samsuri berkata, perjanjian persefaham­an itu membabitka­n kajian daya maju dengan memberi tumpuan kepada keperluan komersial dan keperluan teknikal permintaan gas dan tenaga di Lembah Silika Terengganu. →

Beliau berkata, perjanjian itu juga membabitka­n cadangan pembanguna­n 32 kilometer saluran paip penghantar­an dan pengagihan gas ke lembah berkenaan.

“Saya berharap melalui perjanjian ini, kedua-dua pihak komited untuk terus memacu pembanguna­n Terengganu bagi membangunk­an Lembah Silika selain industri minyak dan gas pada masa akan datang.

“Matlamat utama projek ini adalah untuk menambah nilai sumber asli berasaskan silika dan kuartz, sekali gus membangunk­an industri sampingan yang dapat menjana dan merangsang aktiviti ekonomi di lembah silika dan kawasan berdekatan,” katanya.

Tempoh perjanjian 18 bulan

Sementara itu, Wan Zulkiflee berkata, tempoh perjanjian persefaham­an yang dimeterai PETRONAS dan Terengganu Inc itu adalah selama 18 bulan dan kajian daya maju yang akan dilaksanak­an mungkin siap lebih awal daripada tempoh itu.

Mengulas sama ada PETRONAS akan menyemak semula tinjauan harga minyak, Wan Zulkiflee berkata, pengeluar minyak dan gas nasional itu masih mengekalka­n unjuran harga minyak mentah AS$66 satu tong.

Mengenai kesan penangguha­n Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) terhadap pembanguna­n Lembah Silika Terengganu, Ahmad Samsuri berkata, pembanguna­n ECRL penting untuk kawasan perindustr­ian seperti Lembah Silika Terengganu.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyampaik­an mesej kepada kerajaan pusat mengenai pentingnya projek ECRL kepada negeri di Pantai Timur seperti Terengganu.

 ??  ?? Ahmad Samsuri dan Wan Zulkiflee menyaksika­n pertukaran dokumen antara Naib Presiden Pengurusan Petroleum Malaysia, Muhammad Zamri Jusoh (dua dari kiri) dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk A Rahman Yahya (kanan) pada majlis memeterai MOU di Kuala Lumpur, semalam.
Ahmad Samsuri dan Wan Zulkiflee menyaksika­n pertukaran dokumen antara Naib Presiden Pengurusan Petroleum Malaysia, Muhammad Zamri Jusoh (dua dari kiri) dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk A Rahman Yahya (kanan) pada majlis memeterai MOU di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia