Berita Harian

Peruntukan R&D prototaip kereta nasional ketiga dilulus

Jumlah akan diumum PM bakal jadi pemangkin tarik swasta sertai syarikat tujuan khas

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Kerajaan akan menyalurka­n sejumlah peruntukan untuk penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) bagi membangunk­an prototaip projek kereta nasional ketiga.

Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, berkata peruntukan itu akan menggunaka­n geran R&D kerajaan yang sudah diluluskan dan akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bagaimanap­un tidak mendedahka­n jumlah geran R&D untuk prototaip projek kereta nasional ketiga.

“Biar Perdana Menteri umumkan mengenai dana geran ini, ia (jumlahnya) agak besar dan cukup untuk menjadi pemangkin bagi menarik penyertaan swasta dalam syarikat tujuan khas (SPV) yang kami akan tubuhkan bagi meraih modal permulaan untuk merangsang (perkembang­an) projek kereta nasional ketiga ini,” katanya.

Pamer prototaip tahun depan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan seminar ‘Membuka Potensi PKS’ di bangunan Bursa Malaysia, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan, Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Atan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini berkata prototaip kereta nasional baharu dijangka dapat dikongsika­n kepada umum seawal tahun depan.

Beliau berkata ia telah dibincangk­an di peringkat Majlis Pembanguna­n Negara yang dipengerus­ikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Mohd Redzuan, berkata sektor swasta menunjukka­n minat yang memberangs­angkan terhadap projek kereta nasional baharu itu dan mahukan industri automotif tempatan untuk berkembang lebih pesat.

“Anda dapat menilai pembabitan sektor swasta yang mahu turut serta dalam projek kereta nasional ketiga ini,” katanya.

 ?? [ FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH ] ?? Mohd Redzuan bersama Tajuddin dan Wan Suraya pada seminar ‘Membuka Potensi PKS’ di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH ] Mohd Redzuan bersama Tajuddin dan Wan Suraya pada seminar ‘Membuka Potensi PKS’ di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia