Berita Harian

Noripah Kamso dilantik Pengerusi Bank Rakyat

-

Bekas penasihat CIMB Islamic, Datuk Noripah Kamso, dilantik sebagai Pengerusi Bank Rakyat yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Noripah menggantik­an Tan Sri Shukry Mohd Salleh yang disingkirk­an serta-merta daripada jawatan itu bulan lalu berikutan terbabit dalam isu Laporan Asal Audit 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, berkata pelantikan itu dibuat selaras dengan kuasa yang diperuntuk­kan kepada menteri itu di bawah sub perenggan 1(2) Jadual Pertama, Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 1978 [Akta 202].

Beliau berkata, Noripah ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cimb-principal Islamic Asset Management Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif Cimb-principal Asset

(gambar)

Management Sdn Bhd.

“Beliau kini memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah BIMB Investment Management Berhad dan Top Glove Corporatio­n Berhad dan menjadi Pengerusi bersama Islamic Finance Industry Council, Malaysia US Chamber Of Commerce yang berpusat di Washington DC.

“Noripah juga ialah bekas Presiden Malaysian Futures Brokers Associatio­n (MFBA) dan kini menjadi Ahli Jawatankua­sa Rayuan Pusat Penyelesai­an Industri Sekuriti, Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Umum Ahli Lembaga Pengarah

Redzuan turut mengumumka­n pelantikan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan, Wan Suraya Wan Mohd Radzi, sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

“Pelantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat baharu yang lain akan diumumkan sebaik saja dimuktamad­kan, tertakluk kepada proses penentusah­an ‘layak dan sesuai’ oleh Bank Negara Malaysia selaras dengan seksyen 6 Akta Institusi Kewangan Pembanguna­n 2002 [Akta 618],” katanya.

Sementara itu, pada sidang media selepas merasmikan seminar ‘Membuka Potensi PKS’ semalam, Mohd Redzuan berkata Noripah adalah individu yang tepat dan layak kerana mempunyai latar belakang perbankan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia