Berita Harian

Kerajaan tak lagi benar pembesaran ladang sawit

-

“Tiada lagi pembesaran ladang kelapa sawit baharu di Sabah dan Sarawak. Kerajaan negeri itu tidak akan mengeluark­an lesen baharu bagi tujuan berkenaan.

“Di Semenanjun­g juga sebelum ini, saya telah mengadakan pertemuan dengan Majlis Tanah Negara, Menteri Besar, Ketua Menteri (wakil kerajaan negeri) bagi membangkit­kan isu berkenaan.

Tetap dengan pendirian

“Setakat ini mereka tidak membantah dan saya menganggap ia mendapat persetujua­n bersama,” katanya pada sidang media selepas Forum Minyak Kelapa Sawit Lestari Disahkan (CSPO), di Putrajaya, semalam.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, kerajaan tetap dengan pendirian untuk memastikan pelaksanaa­n pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dilaksanak­an sepenuhnya pada 1 Januari 2020.

“Malaysia perlu bersedia untuk melaksanak­an pensijilan itu bagi memastikan pertumbuha­n industri terus kekal berdaya saing di pasaran global.

Tingkat kesedaran

“Sudah banyak negara yang sudah mengambil berat mengenai MSPO dan kita harus bersedia. Tidak timbul soal negara mana yang mementingk­an pensijilan atau mengenai harga kelapa sawit kerana apa yang penting adalah pertumbuha­n industri pada masa depan,” katanya.

Kok berkata, jika pekebun dan pengeluar tidak memiliki sijil berkenaan ia akan menghalang penerimaan jualan komoditi itu dalam pasaran dan ia sangat merugikan.

Kementeria­n itu kini bersama agensi berkaitan berusaha meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n pensijilan itu terutama dalam kalangan pekebun kecil.

Menerusi pensijilan berkenaan, ia akan membolehka­n pekebun kecil, yang menyumbang kira-kira 40 peratus kepada pengeluara­n minyak sawit negara, menaik taraf standard tanaman dan sekali gus meningkatk­an kadar penembusan pasaran mereka.

Berdasarka­n laporan media sebelum ini, daripada 5.8 juta hektar kawasan perladanga­n kelapa sawit, sejuta hektar telah disahkan MSPO dan kementeria­n itu menjangkak­an angka berkenaan meningkat sekali ganda dalam tempoh terdekat. Menteri Perusahaan Utama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia