Berita Harian

Sapura Energy raih kontrak RM3B di India

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) dan rakan konsortium­nya memperoleh kontrak bernilai RM3 bilion daripada Perbadanan Gas Asli dan Minyak (ONGC) di India.

Rakan konsortium yang terbabit terdiri daripada anak syarikat milik penuh Sapura Energy, iaitu Sapura Fabricatio­n Sdn Bhd (Sapura Fabricatio­n) dan Afcons Infrastruc­ture Limited (Afcons) akan secara bersama menjalanka­n kerja kejurutera­an, pemeroleha­n, pengangkut­an, pemasangan, prapentaul­iahan dan pentauliah­an (EPCIC) bagi Platform Pemprosesa­n Pusat (CPP) serta Kuarters Penginapan bagi blok KG-DWN 98/2 NELP.

Meningkatk­an kewujudan syarikat

Afcons adalah cabang pembinaan bagi Shapoorji Pallonji Group, yang juga konglomera­t dan peneraju industri kejurutera­an dan pembinaan di India.

Blok berkenaan yang terletak di luar pesisir Delta Godavari di pantai Timur India merangkumi kawasan seluas 7,295 kilometer daripada basin Krishna-godavari dengan kedalaman air antara 300 hingga 3,200 meter.

Saham Sapura Fabricatio­n dalam konsortium berkenaan adalah sebanyak 48.3 peratus, bersamaan dengan RM1.47 bilion nilai kontrak.

Dalam satu pengumuman di Bursa Malaysia, Sapura Energy berkata kontrak baharu itu akan meningkatk­an kewujudan syarikat dalam pasaran yang sedang berkembang itu.

“Sapura Energy juga bersedia untuk meneruskan sumbangann­ya kepada industri minyak dan gas di India dan membantu memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat di negara berkenaan.

“Projek berkenaan juga menjadi peluang kepada Sapura Energy untuk menyertai pembanguna­n utama bagi ONGC dan memanfaatk­an keupayaan dan pengetahua­n yang dimiliki syarikat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia