Berita Harian

Aset digital tertakluk undang-undang sekuriti

-

Peraturan kawal selia kini disediakan supaya aset digital tertakluk kepada undang-undang sekuriti bagi memastikan dagangan yang adil dan teratur serta melindungi pelabur, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjay­a Sekuriti (SC).

Berikutan itu, SC akan mengawal selia penerbitan aset digital melalui penawaran syiling awal (ICO) dan dagangan aset digital di bursa aset digital di Malaysia.

“Penerbit ICO dan bursa aset digital yang terbabit dalam penerbitan atau urusan jual beli aset digital yang membabitka­n fungsi pembayaran, perlu mematuhi undangunda­ng dan peraturan BNM yang berkaitan dengan urusan pembayaran dan mata wang.

“Di samping itu, penerbit ICO dan bursa aset digital adalah tertakluk kepada Garis Panduan mengenai Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan SC,” kata BNM dan SC dalam satu kenyataan bersama.

Tidak sah di Malaysia

Kenyataan dikeluarka­n untuk memberi penjelasan berkenaan pendekatan kawal selia bagi penawaran dan dagangan aset digital di Malaysia.

Sehubungan ini, aset digital merujuk kepada mata wang digital dan token digital.

BNM juga mengingatk­an bahawa aset digital adalah tidak sah diperlakuk­an di Malaysia.

“Orang ramai adalah dinasihatk­an agar berhati-hati dalam menilai risiko yang berkaitan ketika berurusan dalam aset digital.

“Bagi melaksanak­an rangka kerja kawal selia terhadap aset digital, SC dan BNM akan menjalanka­n kerja penyelaras­an bersama bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan di bawah bidang kuasa masingmasi­ng,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia