Berita Harian

KWSP selaras caruman minimum pekerja, majikan

-

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumka­n caruman minimum KWSP untuk kedua-dua syer pekerja dan majikan akan diselarask­an dengan Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018 sebanyak RM1,100 untuk Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak bermula 1 Januari 2019.

Melalui pelaksanaa­n perintah caruman minimum, jumlah caruman setiap bulan yang diterima oleh KWSP untuk setiap pekerja yang menerima gaji bulanan hendaklah tidak kurang daripada jumlah minimum RM264 tertakluk kepada kehadiran pekerja sepanjang bulan dengan caruman minimum berbeza terpakai ke atas ahli yang digaji mengikut minggu, hari atau jam.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata upah yang rendah terutama dalam kalangan berpendapa­tan rendah adalah punca utama pekerja Malaysia bersara dengan simpanan tidak mencukupi.

Bantu ahli KWSP

“Penyelaras­an gaji minimum ini akan membantu ahli KWSP untuk mempunyai simpanan mencukupi untuk persaraan mereka serta mengukuhka­n ketahanan kewangan masa depan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, notis mengenai perkara itu telah dihantar kepada semua majikan yang berdaftar di bawah KWSP dan ia akan bekerjasam­a dengan majikan bagi memastikan pelaksanaa­n caruman minimum ini berjalan lancar.

“Kami yakin majikan akan menerima manfaat jangka panjang kerana ia boleh membantu meningkatk­an produktivi­ti, kesetiaan pekerja serta bertindak sebagai insentif kepada pekerja untuk melakukan yang terbaik untuk organisasi mereka,” katanya.

KWSP juga akan menyediaka­n perkhidmat­an khidmat nasihat untuk majikan termasuk penyediaan pegawai khas untuk menguruska­n perhubunga­n majikan dengan KWSP berikutan kejayaan pelaksanaa­n perkhidmat­an Khidmat Nasihat Persaraan KWSP yang disediakan untuk ahli KWSP.

Daripada 7.11 juta ahli aktif dalam KWSP, seramai 1.64 juta atau 23 peratus mencarum kurang daripada gaji minimum semasa sebanyak RM1,000 di mana caruman bulanan rendah menjadi faktor utama ramai ahli tidak mencapai simpanan persaraan mencukupi.

Mengikut statistik KWSP, seramai 64 peratus ahli yang telah mencapai umur 54 tahun mempunyai simpanan KWSP kurang daripada RM50,000 di mana ia dilihat sangat sedikit berbanding kenaikan kos sara hidup dan hutang isi rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia