Berita Harian

Tempahan Mitsubishi Triton dibuka

-

Sempena Pameran Motor Antarabang­sa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18) baru-baru ini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mempamerka­n Mitsubishi Triton baharu yang dijangka memasuki pasaran tempatan bermula suku pertama 2019.

Menerusi acara selama 10 hari itu, MMM turut mengumumka­n bahawa versi terkini itu kini dibuka untuk tempahan.

Menurut MMM, pasaran Malaysia akan menerima model import sepenuhnya (CBU) menerusi lima pilihan varian dengan harga bermula RM100,000 hingga RM140,000 (untuk Semenanjun­g Malaysia).

Perincian untuk setiap varian yang ditawarkan masih belum didedahkan, bagaimanap­un, ia disahkan akan menggunaka­n enjin diesel turbo MIVEC 2.4 liter dengan teknologi VVT dan VGT yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Dilengkapi ciri keselamata­n terkini trak pikap baharu itu turut didatangka­n ciri keselamata­n canggih seperti Forward Collision Mitigation (FCM), Ultrasonic Misacceler­ation Mitigation System (UMS), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Amaran Titik Buta dengan Bantuan Menukar Lorong (BSW dan LCA) serta Lampu Tinggi Automatik (AHB).

Varian tertentu juga akan didatangka­n dengan tujuh beg udara SRS, pengagihan daya brek elektronik (EBD), Bantuan Membrek (BA), Kestabilan Aktif dan Kawalan Cengkaman (ASTC), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Kawalan Menurun Curam (HDC), Bantuan Kestabilan Treler dan Brake Override System.

Terima sentuhan baharu

Meskipun tidak banyak perubahan berbanding model sebelumnya, Triton baharu ini menyaksika­n penambahba­ikan ketara pada bahagian depan merangkumi Dynamic Shield dengan lampu BI-LED serta lampu nyalaan siang LED lebih nipis.

Selain itu, model ini diberi set rim 16 inci baharu serta lampu belakang LED.

Malah, bahagian dalam kabin turut menerima sentuhan baharu apabila suis kawalan dan liang penghawa dingin direka semula dan ia kini menerima plastik sentuhan lembut pada perehat tangan, konsol lantai dan juga tuil brek tangan bagi menawarkan sentuhan lebih selesa.

Dalam pada itu, Triton baharu akan ditawarkan menerusi empat pilihan warna iaitu White Diamond, Black Mica, Sterling Silver

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia