Berita Harian

Aditif Triaction Advantage Petron diuji

Seramai 14 wakil media tempatan perah ‘kuasa’ Blaze 95

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Petron Malaysia menganjurk­an pengembara­an media road trip eksklusif pada 28 dan 29 November lalu, yang menyusuri antara laluan yang paling mencabar dan menarik di negara ini bagi membuktika­n prestasi formulasi aditif yang tercanggih, TriAction Advantage dalam minyak Petron terlaris, Blaze 95.

Dikenali sebagai Pengembara­an Media Prestasi Triaction Advantage Petron, acara ini berjaya mengumpulk­an 14 media termasuk blogger untuk memandu dalam perjalanan sepanjang 280 kilometer selama tujuh jam.

Bermula dari stesen minyak Petron MRR2 Selayang di Kuala Lumpur, wakil media termasuk BH Auto juga menempuh perjalanan dengan perhentian pertama di Kuala Gandah, seterusnya Temerloh sebelum tamat di Gambang, Pahang.

Bagi perjalanan ke Gambang, penulis bersama rakan media dari

menggunaka­n model Perodua Myvi 1.5 Advance, model paling kecil berbanding enam wakil media lain yang menggunaka­n Audi A6 dan Q3, serta Honda CRV.

Pada peringkat awal agak janggal kerana percaturan kereta yang melalui undian ini menyaksika­n pemilihan Myvi sebagai kereta ketujuh agak tidak seimbang berbanding enam kereta lain.

Myvi pun boleh!

Tetapi telaah penulis tersasar kerana Myvi dipilih memandangk­an ia kereta nasional dan paling banyak di jalan raya, selain keputusan ujian yang diperoleh juga akan mempengaru­hi lebih banyak pengguna jalan raya di Malaysia.

Berdasarka­n penggunaan Blaze 95 dengan formulasi aditif yang tercanggih, Triaction Advantage, penulis dapat membuktika­n kereta kompak buatan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) berada pada kedudukan keempat dari segi penggunaan bahan api.

Meskipun, penulis dan rakan CBT perlu memerah banyak ‘keringat’ Myvi supaya tidak ketinggala­n dengan Audi dan Honda, pencapaian penggunaan bahan api yang dicatatkan Myvi iaitu sekitar 14 liter bagi 100 kilometer (km) boleh dibanggaka­n.

Apa tidaknya, penulis perlu mengekalka­n kelajuan lebih 110 kilometer sejam (km/j) sepanjang laluan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) agak tidak tercicir daripada kumpulan konvoi.

Berbalik kepada konvoi media ini, kami menyusuri LPT sebelum beralih dari jalan dua hala ke jalan lorong tunggal dan bergerak antara jalan gunung berlikulik­u.

Dengan corak laluan ini, pihak media diberikan peluang untuk menguji kuasa dan kecekapan Petron Blaze 95 dengan Triaction Advantage.

Rasai kuasa Blaze 95

Berhenti seketika untuk rehat di Tempat Perlindung­an Gajah Kuala Gandah, pengembara media kemudianny­a meneruskan perjalanan ke Temerloh bagi menikmati lauk tradisiona­l Patin Tempoyak.

Kesemua kenderaan mengisi semula minyak di Petron KM 3.5 Mile Jalan Gambang.

“Pengembara­an ini menonjolka­n bahan api Blaze 95 RON Petron yang dikuasai dengan teknologi aditif kami, Triaction Advantage yang memberikan perlindung­an enjin dan kuasa yang lebih baik serta lebih kilometer.

Menyerlahk­an kecekapan Blaze 95, Petron bekerjasam­a dengan Pusat Pembanguna­n Automotif dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk mengukur dan mengesahka­n prestasi dan penggunaan bahan api setiap kereta yang mengambil bahagian.

“Kami sangat teruja untuk mengadakan kembara tahunan bersama media untuk merasai pengalaman Blaze 95 yang terlaris dan teknologi bahan aditif minyak tercanggih kami, Triaction Advantage.

“Ini ialah kembara kelima kami secara berturuttu­rut dengan media yang menjadi sebahagian daripada promosi bahan api fuel happy kami yang inovatif dan perkhidmat­an pelanggan terbaik di stesen kami,” kata Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Malaysia, Choong Kum Choy.

Perjalanan selama dua hari itu dikuasai sepenuhnya oleh Petron Blaze 95 manakala perjalanan peserta disediakan secara eksklusif dari syarikat kereta terkemuka, Euromobil Sdn Bhd, Honda Malaysia Sdn Bhd dan Perodua Sales Sdn Bhd.

Triaction Advantage, formula terbaik

Dalam sesi perkongsia­n produk, peserta diperkenal­kan kepada Perkhidmat­an Teknikal Petron yang diketuai oleh Chew Choy, yang berkongsi maklumat mengenai produk Petron, iaitu Blaze 100 Euro 4M Petron, 97 Euro 4M Petron, Blaze 95 Petron dan formulasi Triaction Advantage.

Formula Triaction Advantage menawarkan kuasa yang lebih baik, lebih kilometer, dan perlindung­an enjin terbaik kerana ia adalah gabungan dari detergen, pengubah geseran dan penambahan aditif pembakaran organik dalam bahan api, kata Chew yang juga Penasihat Khidmat Teknikal Kanan di Petron.

Detergen yang terdapat di dalam Triaction Advantage memastikan sistem inlet enjin bersih dan beroperasi dengan kecekapan maksimum.

Dengan teknologi ini, penggunaan tenaga dan bahan api menjadi lebih baik dengan pengubah geseran Triaction Advantage membantu mengurangk­an geseran antara dinding omboh dan silinder.

Triaction Advantage juga mengandung­i penambahan pembakaran organik, sebatian organik bebas dan tidak berabu untuk melancarka­n pembakaran bahan api.

Ia menghasilk­an tindak balas pemangkin, yang memecah rantaian molekular panjang, membolehka­n lebih banyak oksigen bergabung dengan molekul karbon, sehingga menghasilk­an bahan bakar untuk dibakar sepenuhnya, memberikan lebih kilometer yang lebih baik dan pelepasan asap kurang berbahaya.

 ??  ??
 ??  ?? Seramai 14 wakil media tempatan menyertai Petron Triaction Advantage Performanc­e Run to Gambang yang berlangsun­g minggu lalu.
Seramai 14 wakil media tempatan menyertai Petron Triaction Advantage Performanc­e Run to Gambang yang berlangsun­g minggu lalu.
 ??  ?? Aktiviti santai media di Tempat Perlindung­an Gajah Kuala Gandah.
Aktiviti santai media di Tempat Perlindung­an Gajah Kuala Gandah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia