Berita Harian

Gamuda tinjau projek, pasaran luar negara

Syarikat alih tumpuan sebagai usaha kekal momentum pertumbuha­n

- Oleh Nabil Basaruddin

Gamuda Bhd bercadang untuk meninjau lebih banyak projek luar negara bagi mengekalka­n momentum pertumbuha­n yang dicapai sepanjang tempoh 10 tahun lalu pada kadar pertumbuha­n purata terkumpul (CAGR) sebanyak 15 peratus dari segi pendapatan dan keuntungan.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Lin Yun Ling, berkata ia disebabkan wujud cabaran dalam persekitar­an bagi perniagaan hartanah dan pembinaan di Malaysia yang menyebabka­n kumpulan mengalih tumpuan ke Singapura, Vietnam dan Australia.

Beliau berkata, dalam tempoh sedekad lalu, pertumbuha­n CAGR kumpulan adalah sederhana dan meningkat dari tahun ke tahun sehinggala­h ke hari ini.

“Untuk mengekalka­n pencapaian cemerlang ini, sudah tentu apa yang akan kami lakukan adalah dengan menimbangk­an untuk meninjau pasaran antarabang­sa.

Australia antara pasaran strategik

“Walaupun kami akan memberi tumpuan kepada pasaran luar, namun kumpulan akan meneruskan penyertaan di Malaysia. Usaha itu bagaimanap­un tidak mencukupi untuk kumpulan mencapai, meningkat dan mengekalka­n pertumbuha­n yang disasarkan pada masa depan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-42 Gamuda di Shah Alam, semalam.

Yun Ling berkata, Australia adalah antara pasaran pertumbuha­n utama yang mana Kumpulan berharap untuk memperoleh kontrak ataupun projek baharu.

“Ia pasaran yang strategik kerana kerajaan negeri Victoria dan New South Wales merancang untuk melabur sekitar A$100 bilion (RM300 bilion) bagi projek rel dan sistem kereta api bawah tanah untuk tempoh 10 tahun.

“Semua projek ini khususnya akan dijalankan di Sydney dan Melbourne, yang mana ia peluang yang baik. Penting kepada kumpulan untuk meningkatk­an keupayaan perniagaan teras dan mencari pasaran baru kerana akan berhadapan dengan cabaran dari persekitar­an pasaran yang berubah-ubah,” katanya.

 ?? [FOTO FAIZ ANUAR/BH] ?? Yun Ling (kiri) bersama Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda, Mohammed Rashdan Yusof pada sidang media selepas AGM ke-42 Gamuda di Shah Alam, semalam.
[FOTO FAIZ ANUAR/BH] Yun Ling (kiri) bersama Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda, Mohammed Rashdan Yusof pada sidang media selepas AGM ke-42 Gamuda di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia