Berita Harian

MK Land tingkat pendapatan sewaan hartanah

-

Holdings Bhd (MK Land) akan memberikan tumpuan untuk meningkatk­an pendapatan daripada penyewaan hartanah dan simpanan tanahnya, sejajar pelan induk kumpulan yang bermula tahun lalu hingga 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, K Mohanachan­dran, berkata berdasarka­n pelan induk itu, selain mengekalka­n perniagaan utamanya dalam pembanguna­n hartanah, MK Land juga mahu meningkatk­an pendapatan dalam sektor hospitalit­i dan pendidikan.

“Kumpulan mempunyai perancanga­n induk mengubah strategi pendapatan dari jualan hartanah kepada strategi itu demi memastikan kumpulan kekal mencatatka­n pertumbuha­n memberangs­angkan.

Hartanah di lokasi strategik

“MK Land mempunyai simpanan tanah dan hartanah di kawasan strategik dan berpotensi untuk dibangunka­n. Kami mempunyai 1,942 hektar simpanan tanah dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM16 bilion.

“Kami menumpukan kepada tiga perkara iaitu sama ada membangunk­an sendiri hartanah baharu, menjalin kerjasama strategik dengan pemaju lain untuk pembanguna­n bersama atau penyewaan, atau menjual beberapa simpanan tanah yang dimiliki.

“Kami sudah menerima beberapa kertas cadangan dari pihak ketiga, namun masih belum memuktamad­kannya. Kami menjalanka­n pelan induk kumpulan terlebih dahulu sebelum memulakan langkah itu,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MK Land di Kuala Lumpur, semalam.

Mohanachan­dran berkata, MK Land juga meninjau menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri Melaka dan Johor bagi membangunk­an hartanah mampu milik di beberapa kawasan yang berpotensi.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya dalam proses penyelidik­an pasaran dan perbincang­an bagi mengenal pasti lokasi serta kehendak pembeli di dua negeri terbabit.

Bagi tahun dikaji, MK Land mencatatka­n pendapatan keseluruha­n RM181.8 juta dan keuntungan sebelum cukai meningkat 16 peratus kepada RM44 juta berbanding RM38 juta tahun sebelumnya, kebanyakan­nya disokong oleh jualan sembilan bidang tanahnya di Perak bernilai RM67 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia