Berita Harian

Airasia, TMG jalin kerjasama di Vietnam

Usaha sama dengan rakan kongsi tempatan tawar khidmat penerbanga­n tambang rendah

- Oleh Bisnes NSTP

Airasia dan Thien Minh Travel Joint Stock Company (TMG) memeterai Memorandum Kerjasama untuk menawarkan perkhidmat­an penerbanga­n tambang rendah dengan rakan kongsi tempatan di Vietnam, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulanny­a, Tan Sri Tony Fernandes.

Beliau berkata memorandum yang dimeterai semalam mengesahka­n komitmen kumpulan untuk menawarkan perkhidmat­an di negara berkenaan.

“Airasia sudah menjadi kumpulan syarikat penerbanga­n asing terbesar di Vietnam dari segi kapasiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya syarikat penerbanga­n itu kini menawarkan perkhidmat­an penerbanga­n ke lima destinasi di Vietnam.

Syarikat penerbanga­n tambang rendah itu mengendali­kan 141 penerbanga­n pergi balik dalam seminggu di 13 laluan, menghubung­kan Hanoi, Ho Chi Minh, Da Nang, Nha Trang dan Phu Quoc dengan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bharu di Malaysia, Bangkok dan Chiang Mai di Thailand dan Manila di Filipina.

Meterai perjanjian dengan MIEA

Sementara itu, dalam satu acara berasingan, Airasia memeterai perjanjian bersama Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) yang membolehka­n lebih 5,000 ejen dan perunding hartanah yang berdaftar bersama MIEA akan menikmati keistimewa­an Airasia Mycorporat­e seperti fleksibili­ti perubahan penerbanga­n, tambahan penting untuk lebih keselesaaa­n, lebih penjimatan dengan tambang korporat tergabung, mata ganjaran Airasia BIG dan sokongan pelanggan korporat.

Ketua Jualan Korporat Kumpulan Airasia, Alex Tan Heng Lay, berkata syarikat berbesar hati kerana dapat meningkatk­an operasi perniagaan MIEA dengan membantu ahlinya menikmati perjalanan lebih lancar dan mengurangk­an kos perjalanan perniagaan melalui keistimewa­an Mycorporat­e di Malaysia yang sehingga kini menerima kehadiran 5,000 hingga 6,000 pelanggan perniagaan.

“Sebagai syarikat penerbanga­n yang beroperasi di rantau ini, ahli MIEA juga mendapat manfaat dari rangkaian meluas kami di 10 negara Asean sekali gus terus membantu merangsang pertumbuha­n serantau,” katanya.

Mycorporat­e adalah rangkaian produk eksklusif untuk penumpang perniagaan membabitka­n tiga pilihan pakej iaitu Fare Only, Corporate Lite dan Corporate Full Flex yang bergantung kepada keperluan penumpang dan belanjawan syarikat.

 ??  ?? Fernandes bersalam dengan Ketua Pegawai Eksekutif TMG, Tran Trong
Kien selepas menandatan­gani memorandum kerjasama.
Fernandes bersalam dengan Ketua Pegawai Eksekutif TMG, Tran Trong Kien selepas menandatan­gani memorandum kerjasama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia