Berita Harian

Firefly yakin kempen Jom Jalan tingkat kadar tempahan

-

Syarikat penerbanga­n, Firefly Airlines (Firefly) menyasarka­n kempen Jom Jalan melalui portal kembara Firefly Holiday akan menerima kirakira 500 tempahan pada setiap suku bermula tahun depan.

Ketua Eksekutifn­ya, Ignatius Ong, berkata buat masa ini syarikat penerbanga­n jarak pendek premium itu menjalin kerjasama dengan Goquo dan akan memeterai beberapa usaha sama lain dengan KTM Holidays dan Tourism Malaysia.

Beliau berkata, sejak prapelanca­ran pada Oktober lalu, Firefly menerima 180 tempahan dari pelanggan setia Firefly serta Malaysia Airlines dan ternyata mendapat maklum balas yang baik.

“Firefly Holiday adalah pilihan yang ideal bagi pengembara global dan serantau kerana menawarkan kemudahan dari segi proses tempahan sehinggala­h anda tiba di destinasi yang ingin ditujui.

Pilihan pelanggan

“Pelanggan diberi pilihan untuk menyusun jadual mengikut kesesuaian dan memilih sendiri waktu penerbanga­n, hotel serta pengangkut­an di portal ini.

“Ia juga mendapat pengiktira­fan yang dibuktikan melalui kemudahan yang berbaloi dan keyakinan pengguna sejak dilancarka­n pada 2010,” katanya pada majlis pelancaran kempen Jom Jalan dan kerjasama dengan Goquo di Subang, semalam.

Yang turut hadir, Pengasas Goquo, Ron Ramanan.

Goquo adalah platform e-dagang bagi sektor penerbanga­n yang mempunyai pelbagai perkhidmat­an pelanconga­n seperti tempahan hotel, sewa kereta, lawatan bandar, insurans dan pengangkut­an.

Ong berkata, usaha sama ini adalah bukti komitmen Firefly dalam menawarkan perkhidmat­an yang menyeluruh dan terbaik kepada pelanggann­ya.

“Kami juga bersedia memberikan banyak pilihan kepada pengguna bagi aktiviti pelanconga­n di Malaysia dan juga global,” katanya.

Selain itu, katanya, Firefly juga akan bekerjasam­a dengan banyak lagi pemain industri sektor pelanconga­n berpotensi dalam sektor pelanconga­n perubatan pelanconga­n eko, makanan dan beli-belah.

 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB/BH ] ?? Ong (dua dari kiri) bersama Ketua Strategi Goquo, Alvin Chin pada majlis pelancaran kempen Jom Jalan di Subang, semalam.
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB/BH ] Ong (dua dari kiri) bersama Ketua Strategi Goquo, Alvin Chin pada majlis pelancaran kempen Jom Jalan di Subang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia