Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak susut semalam, berikutan pasaran saham susut disebabkan oleh jangkaan peniaga berhubung mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) yang diadakan semalam.

Mesyuarat itu dijangka membincang­kan keputusan mengurangk­an bekalan bertujuan mengurangk­an kemelut yang telah menolak harga minyak mentah susut sebanyak 30 peratus sejak Oktober.

Niaga hadapan Brent Antarabang­sa berada pada AS$61.35 satu tong, susut 21 sen, atau 0.3 peratus daripada penutup akhirnya.

Kontrak hadapan bagi AS West Texas Intermedia­te (WTI) pula berada pada AS$53.17 satu tong, susut 28 sen, atau 0.5 peratus.

OPEC mengadakan me syuarat semalam di ibu peja- batnya di Vienna, Austria untuk memutuskan polisi penguranga­n dengan kata sepakat daripada pengeluar bukan OPEC, Rusia.

Jangkaan bagi penguranga­n bekalan yang bakal dipersetuj­ui antara OPEC dan Rusia adalah antara satu hingga 1.4 juta tong sehari.

OPEC yang diketuai Arab Saudi telah mencatat hasil pengeluara­n yang meningkat sebanyak 4.1 peratus sejak pertengaha­n 2018 kepada 33.31 juta tong sehari.

Hasil minyak daripada pengeluar terbesar dunia iaitu OPEC, Rusia dan Amerika Syarikat (AS) telah me yak 3.3 juta tong sehari sejak akhir 2017 kepada 56.38 juta tong sehari, hampir 6 juta tong sehari, mencapai hampir 60 peratus daripada penggunaan global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia