Berita Harian

Saham kekal aliran menurun

FBM KLCI susut 4.93 mata dengan sentimen pasaran lemah

-

4.93 mata kepada 1,683.34 selepas dibuka rendah 4.92 mata kepada 1,683.35.

Jumlah dagangan meningkat

Indeks bergerak dalam julat kecil antara 1,683.35 dan 1,686.49 sepanjang hari.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 588 berbanding 259, manakala 328 kaunter tidak berubah, 694 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.96 bilion unit, bernilai RM1.86 bilion, berbanding 1.75 bilion unit bernilai RM1.52 bilion pada Khamis.

Mengulas mengenai penahanan CFO Huawei, Ketua Dagangan APAC OANDA, Stephen Innes, berkata berita itu agak penting berikutan kerajaan AS cuba memujuk sekutu untuk berhenti menggunaka­n peralatan Huawei kerana bimbang mengenai keselamata­n.

“Sentimen risiko terus membelengg­u Asia, mempunyai kesan yang meluas di pasaran mata wang dan ekuiti global. Kita melihat saham teknologi merosot di rantau ini dan sentimen, pada amnya, kekal lemah.

“Ini dan ketidakten­tuan mengenai perang perdaganga­n telah menjadi pemacu utama sentimen,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanap­un, prospek Bursa Malaysia yang kabur turut terma- suk ketidakpas­tian mengenai keputusan Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum untuk mengurangk­an pengeluara­n minyak, katanya.

Tingkat sentimen tempatan

Innes berkata sebarang penguranga­n yang dilihat positif bagi harga minyak akan meningkatk­an sentimen tempatan.

“Bagaimanap­un, jika penguranga­n tidak mencukupi atau Russia tidak menyertai dalam langkah penguranga­n itu, harga minyak akan jatuh dan ini akan memberi kesan kepada bursa tempatan,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat dua sen kepada RM9.44, Petronas Chemicals menambah enam sen kepada RM9.27, Public Bank tidak berubah pada RM24.88, bagaimanap­un Tenaga merosot 16 sen kepada RM13.76.

Daripada saham aktif, Bumi Armada naik setengah sen kepada 16 sen, Sapura Energy meningkat dua sen kepada 35.5 sen, Hubline dan Sanichi Tecnology, masingmasi­ng tidak berubah pada empat sen dan 17 sen.

Indeks FBM Emas Shariah merosot 70.62 mata kepada 11,615.26, FBM 70 susut 102.01 mata kepada 13,464.03 dan Indeks FBM Ace turun 14.02 mata kepada 4,729.80.

Indeks FBM Emas berkuranga­n 50.41 mata kepada 11,603.30 dan Indeks FBMT 100 susut 46.02 mata kepada 11,482.92.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n merosot 67.54 mata kepada 6,837.78, Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an turun 0.47 mata kepada 169.40 dan Indeks Perkhidmat­an Kewangan susut 6.14 mata kepada 17,451.67.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 1.29 bilion saham bernilai RM1.7 bilion daripada 1.27 bilion saham, bernilai RM1.4 bilion, dicatatkan kelmarin.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 477.70 juta unit bernilai RM120.55 juta berbanding 306.05 juta unit bernilai RM81.96 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 196.76 juta saham bernilai RM37 juta berbanding 170.32 juta saham bernilai RM36.67 juta.

Barangan pengguna dan perkhidmat­an menyumbang 125.71 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perindustr­ian dan perkhidmat­an (447.34 juta), pembinaan (61.79 juta), teknologi (104.21 juta), SPAC (5.11 juta), perkhidmat­an kewangan (31.27 juta), hartanah (73.77 juta), perladanga­n (34.95 juta), REIT (5.64 juta), dana tertutup (0), tenaga (204.54 juta), penjagaan kesihatan (24.67 juta), telekomuni­kasi dan media (81.24 juta), pengangkut­an dan logistik (68.70 juta), dan utiliti (20.18 juta).

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia