Berita Harian

Mohd Hamdi dilantik Naib Canselor UKM baharu

-

Bekas Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik dan Antarabang­sa) Universiti Malaya (UM), Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu menggantik­an Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali yang tamat tempoh pelantikan pada 31 Disember ini.

Mohd Hamdi, 47, yang pernah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor di UM mulai 2011 sehingga 2014, dilantik untuk tempoh tiga tahun mulai 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2021.

Pelantikan beliau adalah menerusi surat daripada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12(1) Perlembaga­an UKM.

Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata beliau percaya dengan kelayakan cemerlang dan pengalaman luas Prof Mohd Hamdi dalam pentadbira­n universiti sebelum ini akan dapat membawa perspektif baharu kepada UKM.

“Pelantikan beliau sebagai Naib Canselor baharu UKM diharap dapat memperting­katkan lagi prestasi UKM bukan sahaja dari segi ranking, tetapi juga dalam pembanguna­n insan, kebolehpas­aran graduan dan reputasi sebagai sebuah universiti nasional.

“Pada masa sama, pihak kami ingin mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Prof Noor Azlan yang banyak menyumbang kepada kejayaan UKM, termasuk menaikkan kedudukan UKM dalam

daripada kedudukan 269 pada 2013/2014 ke kedudukan 184 pada tahun 2018/2019,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n semalam.

Sementara itu, Prof Noor Azlan merakamkan ucapan tahniah kepada Prof Mohd Hamdi dan menyeru semua warga UKM memberi sokongan serta kerjasama terbaik kepada Naib Canselor yang baharu bagi memastikan kecemerlan­gan UKM berterusan.

“Kita doakan supaya kepemimpin­an baharu ini terus membawa obor kecemerlan­gan UKM ke tahap yang lebih hebat dalam menjadikan UKM sebagai universiti yang dihormati kesarjanaa­nnya.

“UKM adalah universiti kita, dan kita semua bertanggun­gjawab terhadap universiti ini. Marilah bersama-sama menjayakan misi ini,” katanya.

Sejak penubuhan 48 tahun lalu, UKM pernah dipimpin oleh 11 Naib Canselor iaitu Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Rashdan Baba (1969-1971); Datuk Dr Ariffin Ngah Marzuki (1971-1974); Prof Datuk Dr Mohd Ghazali Abdul Rahman (19741975); Tan Sri Dr Anuwar Mahmud (1975-1980); Prof Emeritus Tan Sri Dr Awang Had Salleh (1980-1984) dan Prof Tan Sri Dr Abdul Hamid Abdul Rahman (1984-1993).

Selain itu, Prof Emeritus Dr Mohd Sham Mohd Sani (1993-1998); Prof Emeritus Tan Sri Dr Anuwar Ali (1998- 2003); Prof Tan Sri Dr Mohd Salleh Mohd Yasin (1 Mei 2003-27 Ogos 2006); Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (27 Ogos 2006-31 Disember 2013) dan Prof Noor Azlan (1 Januari 2014-31 Disember 2018).

 ??  ?? Mohd Hamdi Abd Shukor
Mohd Hamdi Abd Shukor
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia