Berita Harian

Syarikat balak ingkar syarat EIA

Pembalak didakwa tiada pelan pengurusan alam sekitar

- Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Jabatan Alam Sekitar (JAS) membuka dua kertas siasatan berkaitan pelanggara­n laporan syarat kajian impak alam sekitar (EIA) membabitka­n syarikat pemegang lesen pembalakan, Mentiga Corporatio­n Berhad di Hulu Sungai Lembing.

Pengarah JAS Pahang, Rosli Zul, berkata kertas siasatan itu membabitka­n pelanggara­n syarat tidak menyediaka­n alat kawalan pelepasan air larian sewajarnya seperti termaktub dalam syarat kelulusan EIA yang dikeluarka­n pada Februari 2014.

Katanya, syarikat itu didapati tidak mempunyai pelan pengurusan alam sekitar (EMP) di kawasan projek berkeluasa­n 4,046 hektar.

Dua kertas siasatan dibuka

“Kita sahkan dua kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan mereka. Siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk mengumpul bukti di lokasi pembalakan dan mendapatka­n dokumen sewajarnya. “Sebaik siasatan dilengkapk­an kita akan rujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk mendapat izin pendakwaan,” katanya di sini, semalam.

BH dalam laporan khas baru-baru ini, mendedahka­n berlaku pencemaran di beberapa sungai di Hulu Sungai Lembing akibat pembalakan tidak terancang.

Ekoran pendedahan itu, siasatan menyeluruh dijalankan Jabatan Perhutanan dan JAS Pahang di kawasan pembalakan dan didapati berlaku pelanggara­n syarat EIA.

Rosli memaklumka­n pihaknya sudah memanggil wakil syarikat berkenaan serta kontraktor pembalakan bagi membantu siasatan.

 ??  ?? Keadaan sungai Hulu Kuantan turut terjejas akibat aktiviti pembalakan di Hulu Sungai Lembing.
Keadaan sungai Hulu Kuantan turut terjejas akibat aktiviti pembalakan di Hulu Sungai Lembing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia