Berita Harian

Program Muallim OKU hasil generasi mahir al-quran

-

Berkongsi lanjut, Mohammad Faizal berkata, PERTIS sedang merangka program Muallim OKU untuk melahirkan generasi OKU yang berkemahir­an tinggi dalam al-quran.

“Jika dilihat di Asia Barat seperti Mesir dan Arab Saudi, terdapat golongan OKU penglihata­n yang menjadi guru al-quran yang mengajar di masjid. Jadi kita juga mahu mewujudkan suasana itu dalam kalangan OKU penglihata­n yang berkemahir­an.

“Jadi kita mahu meletakkan golongan OKU ini dalam institusi masjid untuk menjadi guru kepada masyarakat,” katanya.

Katanya, menerusi program Pemerkasaa­n OKU Muqarabun pula, PERTIS membina modul untuk membawa golongan ini ke dalam institusi bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai OKU.

“Untuk permulaan, seramai 20 aktivis OKU penglihata­n akan terbabit dan kemudianny­a kita akan melakukan saringan untuk melahirkan 30 aktivis di seluruh negara. Mereka ini akan digerakkan ke institusi Islam seperti masjid dan surau.

“Menerusiny­a, kita mahu mengadakan jaringan rapat dengan masjid untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai OKU,” katanya.

Kekurangan bukan alasan

Sementara itu, Johan Qari MTQB 2018, Muhammad Fiqry Muhammad Fahmi, 23, berkata kekurangan yang dimiliki itu bukan alasan buat dirinya untuk mendalami bacaan al-quran.

Muhammad Fiqry berkata, beliau mengambil masa selama enam tahun untuk menguasai al-quran braille ketika menuntut di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru.

“Memang pada awalnya saya mengalami kesukaran untuk membaca al-quran braille kerana perlu terlebih dulu menghafaz titik braille yang mewakili huruf.

“Namun dengan mengikuti kelas pengajian al-quran membolehka­n saya menguasain­ya dengan lebih mudah.

“Bagi saya, sama saja antara individu normal ataupun OKU penglihata­n, sekiranya ada kesungguha­n dan terus istiqamah atau konsisten membaca al-quran menjadikan­nya lebih mudah untuk dikuasai,” katanya.

Jelas Muhammad Fiqry yang kini berjaya menghafaz dua juzuk al-quran, tanpa deria penglihata­n memerlukan­nya untuk memiliki kekuatan daya ingatan yang tinggi untuk membaca al-quran.

 ?? [ FOTO HAFIZ SOHAIMI / BH ] ?? Muhammad Fiqry membaca al- Quran Braille pada Majlis Tilawah al-quran Braille 2018 anjuran PERTIS.
[ FOTO HAFIZ SOHAIMI / BH ] Muhammad Fiqry membaca al- Quran Braille pada Majlis Tilawah al-quran Braille 2018 anjuran PERTIS.
 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Kekurangan guru al-quran yang dapat menguasai al-quran braille menyukarka­n pengajian disampaika­n kepada OKU penglihata­n.
[ FOTO HIASAN ] Kekurangan guru al-quran yang dapat menguasai al-quran braille menyukarka­n pengajian disampaika­n kepada OKU penglihata­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia