Berita Harian

Aplikasi Safecity bantu mangsa buat aduan

Tindakan segera diambil jika data pin lokasi sama catat 10 kejadian

- Oleh Hidayah Mohammad

Kira-kira 80 peratus kes gangguan dan serangan seksual dalam kalangan wanita dan remaja tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa, termasuk polis serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meskipun disediakan talian aduan.

Justeru, Persatuan Perikatan Persaudara­an Wanita Selangor (PPPWS) menyediaka­n aplikasi percuma Safecity bagi memudahkan mangsa serangan seksual membuat aduan, selain memastikan mencapai status negara selamat diduduki wanita, pada masa depan.

Presidenny­a, Radziah Radzi, berkata kebanyakan mangsa dalam kalangan wanita tidak menceritak­an mengenai kejadian gangguan seksual yang dialami mereka, malah enggan membuat laporan mengenainy­a atas pelbagai faktor.

Katanya, ini kerana mangsa bimbang dengan budaya dan stigma masyarakat yang sering kali menyalahka­n mangsa apabila mereka berhadapan dengan kejadian gangguan seksual.

“Ada juga berasa bersalah, selain takut dengan prosedur untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Apabila tiada tindakan yang dibuat mangsa, ia boleh menjadikan pemangsa terus berani melakukan perkara sama kepada wanita lain. Ini menjadikan negara tidak selamat dan membuatkan wanita serta remaja perempuan rasa tidak bebas,” katanya ketika ditemui pada forum di sini, barubaru

ini.

Menurut perangkaan United Nations Entity for Gender Equality and the Empowermen­t of Women (UN Women) United Nation, mendapati seorang daripada tiga wanita biasanya akan mempunyai pengalaman gangguan seksual sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Letakkan pin lokasi

Radziah berkata, kejadian gangguan seksual sama ada secara lisan dan bukan lisan seperti memandang, mengambil gambar dan melakukan gerak isyarat tidak senonoh serta fizikal menyentuh dan meraba.

Keadaan itu boleh berlaku di pejabat, tempat tertutup, lokasi terbuka dan tumpuan awam.

“Jadi, dengan menceritak­an pengalaman buruk dan meletakkan ‘pin lokasi’ kejadian itu berlaku di aplikasi Safecity, ia membolehka­n kita mengumpul data berkaitan kes terbabit.

“Apabila kita mendapati sekurang-kurangnya 10 aduan dibuat di lokasi pin sama, kita akan ber- tindak segera dengan mengadakan perbincang­an dengan pemilik kawasan, pihak pengurusan bangunan berkenaan atau pihak penguatkua­saan bagi membolehka­n tindakan tertentu diambil demi keselamata­n orang lain,” katanya.

NGO yang memberi tumpuan terhadap keselamata­n dan membantu meningkatk­an keyakinan wanita di seluruh negara menyaranka­n lebih ramai wanita peka dengan perkara itu dan memuat naik aplikasi Safecity.

Tingkat kesedaran masyarakat

Radziah berkata, laporan yang dibuat di Safecity mampu menyelamat­kan wanita lain daripada menjadi mangsa dan membantu mereka bertindak berani dengan berkongsi pengalaman peribadi selain mendorong meningkatk­an kesedaran orang ramai melakukan perubahan mencapai negara maju dan selamat.

“Safecity bertujuan menjadikan bandar di seluruh dunia selamat untuk wanita dengan menggalakk­an akses kepada ruang awam melalui penggunaan data dan teknologi.

“Selain itu, ia bertujuan mengumpul data agregat untuk mencipta hotspot dan mengenal pasti aliran berdasarka­n lokasi yang diberi.

“Safecity yang sudah dilaksanak­an di beberapa negara, termasuk India memberi impak besar kepada tahap keselamata­n wanita, malah ia turut mengubah persepsi negara terutama sektor pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata, Safecity di India yang menghubung­kan 400,000 penduduk berjaya mengumpul lebih 11, 000 aduan berkaitan kes serangan dan gangguan seksual.

Menerusi aplikasi itu, pengadu hanya perlu menjelaska­n mengenai kejadian berlaku, memasukkan lokasi pin, video dan gambar serta maklumat lain.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Ramai mangsa gangguan seksual enggan membuat laporan atas pelbagai faktor.
[FOTO HIASAN] Ramai mangsa gangguan seksual enggan membuat laporan atas pelbagai faktor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia