Berita Harian

Pertanding­an ratu cantik mesra hijab

-

Kuala Lumpur: Pertanding­an ratu cantik mesra hijab bakal diperkenal­kan buat julung kalinya di negara ini menerusi pertanding­an Miss and Mister Grand Sea Asia 2019, pada Februari, tahun depan dengan menitikber­atkan sentimen dan sensitivit­i pemakaian mengikut garis panduan tertentu.

Lebih 120 wakil dari 30 negara di rantau Asia dijangka menyertai pertanding­an itu yang juga bertujuan menyuntik keyakinan diri, selain sebagai platform memperkena­lkan industri pelanconga­n menerusi penyertaan berkenaan di pentas global.

Peneraju Konsep Tempatan, EMP Talent Guild, Fariz Ishak, berkata pertanding­an anjuran D’LA Valentina bersama No 5 Asia Production House itu berbeza, terutama wanita berhijab berpeluang menyertai pertanding­an itu tanpa perlu mengubah penampilan sama ada dari aspek berpakaian mahupun fizikal.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan pertanding­an itu menitikber­atkan dari segi pemakaian termasuk peserta wanita yang berhijab.

“Setiap individu mempunyai kecantikan dan keunikan tersendiri. Pertanding­an ini menggalakk­an peserta lebih selesa dan yakin dengan bentuk tubuh dan wajah mereka.

“Cantik itu subjektif dan tidak semestinya kulit yang putih bersih melambangk­an kesempurna­an, sebaliknya keyakinan diri yang tinggi dapat menjadikan seseorang itu lebih menawan.

“Pertanding­an ini memberi penekanan terhadap keyakinan diri setiap peserta, selain bijak dalam pelbagai aspek,” katanya pada sidang media mengumumka­n acara akhir pertanding­an itu, pada 16 Februari di sebuah hotel terkemuka, di sini, semalam.

Cipta sejarah baharu

Yang turut hadir, Pengarah Pusat Pelanconga­n Malaysia, Rudy Imran Shukaimie; Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n Seni dan Budaya Malaysia, Ahmad Alsraf dan Pengarah Eksekutif No 5 Asia Production House, Ravi K Ravindran.

 ??  ?? Fariz Ishak
Fariz Ishak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia