Berita Harian

Simpan jersi tanda kenangan

-

“Entah kenapa ada individu yang ‘panas’ apabila saya kongsi mengenai perkara sebenar kepada dua anak saya. Mereka adalah darah dagingnya dan Rayyan serta Arjuna patut kenal siapa ayah mereka.

“Sejak dulu, saya tidak pernah memburuk-burukkan Aidil (Zafuan) di depan anak. Saya cuma tidak berkongsi kerana ketika itu mereka masih kecil.

“Saya juga percaya, sebagai bapa, Aidil pasti akan mencari anaknya. Apabila anak mula bertanya dan mempunyai minat terhadap bola sepak, baru saya bersedia membuka mulut serta bercerita mengenai bapa mereka.

“Jersi milik bapa mereka juga menjadi satu-satunya barang yang saya simpan sebagai bukti ayah mereka pemain bola sepak yang bagus,” katanya.

Jangan lagakan kami

Rita berkata, meskipun antara dia dan Aidil sudah tiada ikatan, hubungan bekas suami serta dua anak mereka tidak mungkin putus.

“Pinta saya kepada mereka yang cuba menjauhkan kami, cuba bersihkan hati dan jangan melaga-lagakan kami,” katanya yang sanggup menubuhkan kelab bola sepak untuk dua permata hatinya.

Kelab RR Cougars FC yang direalisas­ikan pada pertengaha­n tahun ini sebagai inisiatif memberi pendedahan awal terhadap bola sepak kepada dua anaknya.

Sebelum ini, Rita kerap berkongsi pelbagai entri dan gambar membabitka­n aktiviti bola sepak yang diikuti Rayyan dan adiknya.

Pada masa sama, Rita turut mendoakan dua anaknya bersungguh­sungguh dalam bidang digemari dan berusaha keras untuk membanggak­an ibu serta bapa mereka.

Rita turut berkongsi gambar bekas suaminya bersama anaknya ketika mereka masih kecil menerusi laman Instagram yang diikuti 1.3 juta pengikut.

“Sebelum ini, mereka hanya mengenali pemain luar negara. Jadi, apabila mengetahui siapa ayah mereka, perkara itu terus menaikkan semangat dan membuatkan kedua-duanya bertambah teruja dalam sukan itu,” katanya.

Rita berkata, dia juga terharu apabila perkongsia­n itu mendapat pelbagai maklum balas positif peminat, malah turut mendoakan dua anaknya mendapat tunjuk ajar bapa mereka.

Demi anaknya juga, Rita memaklumka­n, ketika ini, dia rela menolak tawaran berlakon bagi memberi tumpuan kepada latihan dan aktiviti sampingan lain.

“Alhamdulil­lah semua kerja berkaitan lakonan dan komitmen lain sudah saya selesaikan. Jadi, sepanjang musim cuti sekolah ini, saya berpeluang menghantar mereka untuk latihan bola sepak, tuisyen, kelas muzik dan sebagainya.

“Anak saya memang seronok sebab banyak aktiviti boleh dilakukan, tambahan pula apabila saya turut bercuti sepanjang bulan ini,” katanya.

Sudah lupakan kisah silam

Mengenai dirinya yang masih bersendiri­an, Rita berkata, peminat tidak perlu risau memandangk­an dia sudah enam tahun melalui situasi itu.

“Saya masih solo, tetapi sudah melupakan kisah silam. Cuma, lucunya apabila bercakap mengenai anak dan ayah, saya pula dikatakan masih belum melupakan kisah lama. “Hubungan ayah dan anak tiada kaitan dengan sama ada saya sudah melupakan cerita lama atau sebaliknya.

Bagi saya mudah saja, ramai lagi pasangan yang ditakdirka­n berpisah, namun tetap rapat dan sentiasa mengambil tahu mengenai darah daging.

“Untuk apa saya menidakkan ikatan itu? Mengenai saya meminta tiket bola di laman sosial, ada pihak yang mempertika­i mengapa tidak saya hubungi saja?

“Bukan apa, selain nombornya yang kerap bertukar, saya takut disalah anggap mahu kejar suami orang,” ulasnya lagi.

Perkahwina­n Rita dan Aidil Zafuan atau nama lengkapnya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak berlangsun­g pada 2008, namun berpisah selepas lima tahun. Aku Seorang Perempuan. Buku yang dilancarka­n pada 1 Mei lalu habis dijual 3,000 naskhah dalam tempoh empat hari.

 ??  ?? Rita Rudaini
Rita Rudaini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia