Berita Harian

Lebih suka mengarah

-

Hampir sedekad meninggalk­an dunia lakonan selepas popular dalam filem Ali Setan pada era 1980-an, pelakon, pengarah dan komposer berusia 59 tahun ini melihat bakatnya bukan lagi di depan layar.

Walaupun merasakan bakat dirinya masih diperlukan dek ketandusan pelakon berwibawa dan berkaliber, Ebby mengaku lebih cintakan kerja pengarahan.

“Dulu, saya pernah berlakon drama di bawah arahan U-wei. Saya tahu cara dia bekerja dengan pengetahua­n yang mendalam. Disebabkan sudah selesa duduk di kerusi pengarahan, jadi saya sudah malas untuk aktif berlakon semula,” katanya.

Budaya kerja berbeza

Ebby mengaku banyak menerima tawaran berlakon namun hatinya belum terbuka.

“Ada yang menyuaraka­n hasrat untuk mengambil saya berlakon, tetapi memandangk­an faktor usia dan sudah 10 tahun tidak berlakon, saya belum ada rasa untuk aktif semula,” katanya.

Malah, melihat persekitar­an kerja selain saingan pelapis baharu membuatkan dirinya tawar hati untuk berlakon.

Apatah lagi melihat pelakon sekarang yang lebih mengejar populariti daripada kualiti, ‘mematikan’ perasaanny­a untuk berlakon semula.

“Sebagai artis dan pengarah, saya pernah bekerja dengan orang lama dan baharu. Orang dulu kalau kita panggil berlakon, mereka benar-benar komited dan sangat menghormat­i pekerjaan serta menepati masa.

“Sekarang ini, budaya kerja sudah lain. Perbezaann­ya sangat ketara. Untuk saya berlakon dan mengarah serentak, bukan keupayaan saya.

“Ini kerana saya pernah buat dua kerja sekali dan sangat memenatkan,” katanya yang pernah membintang­i drama Siapa Dia Sebenarnya dan Batas.

Pernah mengarahka­n drama

dan Ebby berkata, pengalaman berlakon dari usia kecil di bawah pengarah Seniman Agung, Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee, sudah cukup membuatkan dirinya puas.

“Saya bermula dalam bidang muzik sebelum aktif berlakon. Saya sudah cuba pelbagai cabang seni. Saya rasa, biarlah sekarang saya tumpukan kepada pengarahan saja.

“Bukan saja berlakon, malah, ada yang tawar untuk buat muzik. Tetapi, dalam usia sekarang, biarlah saya tumpukan kepada satu bidang sahaja,” katanya.

Pokok menyaksika­n Ebby berganding dengan Haliza Misbun dalam naskhah yang turut menampilka­n Rahim Jailani dan Buyung Zasdar. Lakonan Ebby dan Haliza sebagai pasangan suami isteri dilihat dekat dengan kehidupan masyarakat.

Simbolik kehidupan

Bekerja dengan U-wei yang menggunaka­n pendekatan psikologi agar pelakon menjiwai watak, Haliza mengaku karya terbabit cukup berat.

Tidak hairanlah, Haliza memerlukan kefahaman yang mendalam bagi menghayati watak.

“Kita hanya perlu buka hati untuk serap pengalaman yang U-wei curahkan. Setiap arahan yang diberi, dia menggunaka­n pendekatan bercerita untuk kita lebih memahami apa yang dia mahu.

“Sejak bermula proses latihan lagi, kita sudah faham inti pati Pengarah/pelakon cerita. Sebagai pelakon, kalau kita hafal kosong tanpa memahami jalan cerita, akan membuatkan lakonan kita tiada jiwa.

“Suatu cabaran bagi saya berdialog dengan skrip panjang berbanding pelakon lain,” jelasnya.

Mengambil subjek pokok sebagai fokus penceritaa­n, U-wei melihat pokok sebagai simbolik yang mencermink­an kehidupan yang berlaku di sekitarnya.

“Saya tampilkan sebuah pondok usang sebagai tempat Mardiah dan Darwis berteduh. Ini bagi menggambar­kan mengenai masyarakat yang rosak selain mencermink­an satu daerah dalam masyarakat.

“Saya tertarik dengan naskhah tulisan Johan yang membuatkan timbul persoalan kepada saya, apa yang membuatkan dia kembali menulis. Apabila saya baca karya ini, saya tertarik untuk mementaska­nnya,” katanya yang menggambar­kan pokok sebagai lambang kekuatan kepada kehidupan.

 ?? [ FOTO ASWADI ALIAS / BH ] ?? U-wei (dua dari kanan) bersama pelakon teater pada majlis pratonton Teater Perdana DBP, Pokok di Auditorium DBP.
[ FOTO ASWADI ALIAS / BH ] U-wei (dua dari kanan) bersama pelakon teater pada majlis pratonton Teater Perdana DBP, Pokok di Auditorium DBP.
 ??  ??
 ??  ?? U-wei (kiri) dan Johan.
U-wei (kiri) dan Johan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia