Berita Harian

Bimbang berlaku rusuhan

2,000 polis kawal tapak runtuhan masjid Babri di India

-

Kira-kira 2,000 anggota polis India bersenjata­kan cota berkawal di bandar bergolak di sini, semalam bagi menghalang sebarang kekacauan sempena ulang tahun pemusnahan sebuah masjid kontrovers­i.

Fanatik Hindu merobohkan Masjid Babri pada 1992, mencetuska­n rusuhan di seluruh India yang menyebabka­n ribuan terbunuh, majoritiny­a Islam dan masa depan tapak itu menjadi isu utama dalam politik India.

Berdiri di belakang penghadang besi kuning, polis dilihat memeriksa kenderaan dan menahan beberapa pemerhati untuk disoal dalam usaha mencegah sebarang keganasan.

Pengawal menara dan kamera keselamata­n diletakkan di kawasan runtuhan masjid dan sekitarnya. Tapak pertelingk­ahan itu dilindungi oleh pagar keluli tinggi.

Ramai penganut Hindu percaya bandar ini adalah tempat kelahiran dewa Ram dan masjid yang sudah berada di sana selama 460 tahun hanya dibina selepas pemusnahan sebuah kuil terdahulu.

Isu tergantung

Parti nasionalis Hindu dipimpin Perdana Menteri Narendra Modi, Bharatiya Janata Party (BJP) yang berkuasa pada 2014 berikrar untuk membina kuil di tapak itu namun isu terbabit masih tergantung di mahkamah.

Modi, yang bertanding penggal kedua tahun depan, berdepan perasaan kecewa daripada penyokong tegarnya yang merasakan beliau tidak melakukan secukupnya untuk mencapai matlamat itu walaupun memiliki majoriti di Parlimen.

Menteri Besar Uttar Pradesh Yogi Adityanath, seorang sami lantang yang sekian lama berkempen untuk pembinaan kuil, juga mendedahka­n rancangan membina patung gangsa terbesar dunia dewa Ram setinggi 221 meter.

Pada hari biasa, ribuan penganut Hindu mengunjung­i kuil sementara yang dibina pada 1992, namun semalam, hanya segelintir yang berkunjung.

Sementara itu, kumpulan penganut Islam mengadakan upacara peringatan kecil mangsa yang maut pada 1992.

Mahu hidup harmoni

“Apa yang kami mahukan ialah perdamaian dan keharmonia­n. Penganut Islam dan Hindu di Ayodhya sentiasa hidup dalam harmoni namun ahli politik yang sengaja mencetuska­n kebencian untuk manfaat pilihan raya mereka.

“Masjid di kejiranan saya diserang ketika rusuhan pada 1992. Rumah kami dibakar namun kami berjaya menyelamat­kan diri. Kami tidak mahu keganasan itu berulang lagi,” kata Mohammed Shahzad yang membuka kedai daging di bandar ini.

Seorang pelancong, Kalyani Ubhe, berkata: “Sebuah kuil perlu dibina di sini. Ia berkaitan kepercayaa­n dan fahaman Hindu. Kami berhak berdoa di tempat kelahiran Dewa Ram.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia