Berita Harian

Bangladesh tuntut tindakan terhadap Aung Ko

Bantah Menteri Agama Myanmar tuduh manipuolas­i pelarian Rohingya

-

Bangladesh memanggil Duta Myanmar kelmarin untuk mengutuk ‘kenyataan tidak bertanggun­g jawab’ dibuat Menteri Agamanya, Thura Aung Ko mengenai Muslim Rohingya dan menggesa tindakan diambil terhadapny­a, kata pegawai kanan Kementeria­n Luar negara itu.

Muslim Rohingya hidup sebagai pelarian di Bangladesh selepas lari dari Myanmar ‘dimanipula­si’ untuk ‘berarak’ menentang negara majoriti Buddha itu, kata Aung Ko dalam video dikeluarka­n laman berita Newswatch.

“Kami membantah keras kenyataan provokasi menteri mereka,” kata seorang pegawai kanan Kementeria­n Luar Bangladesh semalam.

Hak kerakyatan

Memberi kecaman komen ‘berarak menentang Myanmar’, katanya: “Kami memiliki toleransi sifar terhadap militan. Kami tidak pernah menggalakk­an radikalism­e.

“Jika anda memberi mereka kerakyatan dan memulangka­n semula harta benda mereka, mereka akan berlari untuk Myanmar. Berbanding berbuat demikian, anda membuat kenyataan provokasi? Ini sangat malang,” kata pegawai itu.

Saling Tuduh menuduh

Lebih 730,000 Rohingya lari dari Rakhine, Myanmar berikutan tindakan keras tentera Ogos tahun lalu, kata agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kini tinggal dalam kem pelarian penuh sesak di Bangladesh.

Penyiasat PBB menuduh tentera Myanmar menjalanka­n pembunuhan beramai-ramai, merogol dan membakar ratusan perkampung­an dengan ‘niat melakukan pembunuhan beramai-ramai’ namun dinafikan Yangon.

“Apabila Bangladesh memang- gil Duta Myanmar, U Lwin Oo, beliau cuba ‘meredakan komen itu dengan mengatakan ia adalah pendapat peribadi menteri agama berkenaan”, kata seorang pegawai Kementeria­n Luar yang hadir dalam pertemuan itu.

“Namun kami memohon tindakan terhadap menteri terbabit,” katanya.

Komen itu dibuat ketika kedua-dua negara terbabit dalam rundingan selama lebih setahun untuk menghantar pulang Rohingya ke Myanmar, sering menyalahka­n antara satu sama lain atas kelewatan proses itu.

Rancangan terbaharu terencat bulan lalu selepas tiada pelarian bersetuju kembali, mengatakan mereka tidak akan pulang kecuali Myanmar memenuhi beberapa siri tuntutan, teruta-

 ?? [ FOTO REUTERS] ?? Kumpulan penunjuk perasaan memegang sepanduk ketika bantahan menyokong etnik Rohingya di hadapan kedutaan Myanmar di Jakarta kelmarin.
[ FOTO REUTERS] Kumpulan penunjuk perasaan memegang sepanduk ketika bantahan menyokong etnik Rohingya di hadapan kedutaan Myanmar di Jakarta kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia