Berita Harian

16 mayat mangsa bunuh Papua ditemui

-

Wamena: Pasukan Keselamata­n Indonesia berjaya menemui 16 mayat mangsa pembunuhan beramai-ramai dipercayai dilakukan pemberonta­k pemisah wilayah Papua, Ahad lalu.

Kesemua mangsa disyaki buruh binaan dan ia adalah insiden keganasan terburuk di wilayah itu sejak pemberonta­kan dilancarka­n.

“Mayat akan dibawa ke Timika dari daerah Nduga, kawasan pergununga­n di pedalaman, lokasi serangan berlaku Ahad lalu.

“Hasil maklumat terbaharu yang kami perolehi, sebanyak 16 mayat sudah ditemui,” kata komander tentera tempatan, Binsar Panjaitan kepada wartawan di Papua.

Pemberonta­kan diburu

Bagaimanap­un, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti dan pihak tentera tidak memberikan butiran lanjut mengenai kejadian pembunuhan itu.

Laporan awal saksi mengatakan sekurang-kurangnya 19 maut dalam pembunuhan itu, termasuk ditembak dan dikelar pada bahagian leher.

Media tempatan pula melaporkan, jumlah mangsa yang terbunuh adalah antara 24 hingga 31 orang.

Tentera memberi amaran semalam, tidak jelas jika semua mangsa bekerja untuk kontraktor kerajaan yang membina jambatan dan jalan raya bagi meningkatk­an infrastruk­tur di rantau miskin itu. Tambahan 15 lain termasuk tujuh kakitangan kontraktor, dipindahka­n dari kawasan itu.

Pasukan polis dan tentera dihantar ke kawasan itu diserang pemberonta­k dengan seorang askar terbunuh manakala dua cedera sejak Isnin lalu, menurut pihak berkuasa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia