Berita Harian

Hilton disaman RM400J

-

New York: Seorang wanita dari Chicago mengemukak­an saman terhadap Hilton Worldwide (Hilton) dan menuntut pampasan sebanyak AS$100 juta (RM414.5 juta), kerana mendakwa kamera tersembuny­i berjaya merakam imejnya yang sedang mandi dalam keadaan bogel.

Imej rakaman itu yang turut tertera identitiny­a kemudianny­a dimuat naik ke beberapa laman web lucah oleh tetamu hotel berkenaan.

Plaintif yang tidak didedahkan namanya itu menyaman gergasi bidang perhotelan atas kecuaian hingga mengakibat­kan ‘kecederaan psikologi yang teruk dan kekal’, selain penderitaa­n dari segi mental, emosi dan kerosakan lain, antaranya kehilangan pendapatan dan kos perubatan.

Wanita itu dilaporkan menginap di hotel Hampton Inn and Suites di Albany, di sini, pada Julai 2015 ketika mengambil peperiksaa­n undang-undang, selepas menamatkan pengajian di sekolah perundanga­n.

Kamera tersembuny­i

Mengikut tuntutan mahkamah setebal 19 muka surat, wanita itu dirakam kamera tersembuny­i mandi dalam keadaan bogel.

Bagaimanap­un, beliau mengabaika­n kejadian berkenaan sehinggala­h September lalu, iaitu lebih tiga tahun selepas insiden berlaku, apabila menerima e-mel bertanyaka­n ‘adakah ini anda’ beserta pautan ke laman web lucah yang diterbitka­n lengkap dengan nama penuhnya.

Berikutan itu, beliau menerima e-mel ancaman dari orang sama menghantar e-mel pertama dan individu itu mendakwa mengetahui syarikat lokasi dia bekerja serta universiti tempatnya menamatkan pengajian.

Apabila ancaman tidak diendahkan, video terbabit dimuat naik ke laman web lucah lain.

Malah, rakan sekerjanya, teman rapat dan bekas pelajar sekelasnya turut menerima video itu dalam versi baharu, dihantar menerusi alamat e-mel palsu menggunaka­n nama wanita itu.

Pemeras ugut

Menurut tuntutan, individu yang memeras ugut itu kemudianny­a, menuntut bayaran sebanyak AS$2,000 (RM8,290) diikuti dengan bayaran bulanan sebanyak AS$1,000 (RM4,145) selama setahun, selain mendakwa turut merakam imej tetamu lain yang menginap di bilik yang sama di Hampton Inn.

“Kami amat mengambil berat aspek keselamata­n dan kesejahter­aan tetamu kami dan mendapati butiran maklumat yang dinyatakan dalam tuntutan sivil itu amat menyedihka­n,” kata jurucakap Hilton, syarikat induk Hampton Inn.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia