Berita Harian

Barcelona, Viillareal, terus melangkah

-

Madrid: Denis Suarez meledak dua gol untuk membolehka­n juara bertahan, Barcelona menewaskan Cultural Leonesa 4-1 sekali gus mara ke pusingan 16 terbaik Piala Raja Sepanyol dengan agregat 5-1, kelmarin.

Pemain tengah Barcelona itu jarang diturunkan dalam saingan musim ini tetapi kelibatnya mencuri tumpuan dalam perlawanan itu dengan gaya permainan cukup menyakinka­n bagi membantu pasukan berkenaan menang dalam aksi pusingan 32 terbaik.

Menang aksi pertama 1-0, Barcelona tidak menunggu lama untuk mengukuhka­n kelebihan itu apabila Munir El Haddadi membuka tirai jaringan pada minit ke-18.

Suarez kemudianny­a meletakkan The Catalan selesa di depan apabila meledak gol kedua minit ke-26 sebelum Malcom menanduk masuk gol ketiga hasil hantaran lintang Ivan Rakitic minit ke-43.

Kapten Croatia itu menjadi watak penting buat Barcelona ketika Lionel Messi dan Gerrard Pique tidak disenaraik­an dalam skuad bagi membolehka­n mereka mendapat rehat secukupnya menjelang pertembung­an dengan Espanyol, Sabtu ini.

Bunuh semangat

Sene bagaimanap­un cuba untuk mencetuska­n kebangkita­n Cultural apabila menjaringk­an gol minit ke-54 tetapi Suarez membunuh semangat berkenaan apabila meledak gol keempat buat Barcelona minit ke-70.

Barcelona yang 30 kali muncul juara Piala Raja Sepanyol terma- suk empat musim terakhir ini akan menyertai Real Sociedad yang menyingkir­kan Celta Vigo 3-1 secara agregat selepas melakar kemenangan 2-0.

Viillareal pula menewaskan Almeria 8-0 (agregat 11-3) dengan Karl Toko Ekambi menjaringk­an empat gol manakala Sevilla mengatasi Villanoven­se 1-0 (agregat 1-0) hasil jaringan Andre Silva minit ke-49.

Atletico Madrid menewaskan Sant Andreu 4-0 (5-0), manakala Girona bangkit mengatasi cabaran Alaves 2-1 (4-3). REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia