Berita Harian

Spurs bangkit bergaya

-

London: Tottenham Hotspur yang tewas di tangan Arsenal pada Ahad lalu bangkit dengan bergaya apabila melakar kemenangan 31 ke atas Southampto­n pada saingan Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

Perlawanan itu menyaksika­n penampilan pengurus baharu Southampto­n, Ralph Hasenhuett­i yang secara rasmi membimbing kelab itu kelmarin dan ia dilihat menjadi pembakar semangat kepada semua pemain untuk memikat hati pengurus baharu mereka itu.

Pasukan pelawat ketinggala­n hanya se lepas minit kelapan apabila kapten pasukan, Harry Kane meledak gol menerusi sepakan penjuru, sekali gus yang kesembilan untuknya musim ini.

Perlawanan sukar

Spurs menambah gol kedua pada babak kedua juga menerusi sepakan penjuru tetapi kali ini giliran Lucas Moura menyumbat gol minit ke51.

Southampto­n terus dilanda mimpi ngeri apabila tiga minit kemudian bintang Korea Selatan, Son Heungmin meledak gol ketiga, sekali gus yang kedua untuknya musim ini.

Namun, Charlie Austin meraih gol saguhati untuk Southampto­n pada masa kecederaan.

“Ia perlawanan yang agak sukar. Saya rasa kami mampu menambah gol pada 30 minit terakhir berbanding 90 minit ketika bertemu Arsenal.

“Selepas mendahului 30 mungkin pemain mula hilang fokus dan mungkin juga mereka beranggapa­n pemainan itu sudah berakhir. Pada akhirnya, penjaga gol kita, Hugo Loris adalah pemain terbaik perlawanan kerana menyelamat­kan beberapa cubaan berbahaya lawan,” kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia