Berita Harian

United kian jauh ketinggala­n

Mourinho terus terkedu selepas Arsenal curi satu mata di laman sendiri

-

Kelab Manchester United mengelak satu lagi kekalahan selepas Anthony Martial dan Jesse Lingard menyamakan kedudukan 22 ketika melayan kunjungan Arsenal di Old Trafford, di sini, kelmarin.

The Gunners melebarkan rekod tanpa kalah kepada 20 perlawanan dan di depan menerusi Shkodran Mustafi serta Alexandre Lacazette masingmasi­ng pada separuh masa pertama dan kedua sebelum United bangkit.

Bagaimanap­un Red Devils di bawah bimbingan Jose Mourinho kekal ketinggala­n lapan mata di belakang empat pasukan teratas selepas mengharung­i empat perlawanan berturuttu­rut tanpa kemenangan.

Mourinho merehatkan barisan pemain bintang seperti Paul Pogba dan Romelu Lukaku di kerusi pemain simpanan dan selepas United bolos gol pertama yang juga kali ke11 daripada 21 perlawanan, peminat kelab itu sudah mula berasa bimbang.

Lingard penyelamat

Arsenal memecah kebuntuan menerusi Mustafi pada minit ke26 sebelum Martial kembali menyamakan kedudukan minit ke30. Lacazette kembali meletakkan Arsenal di depan minit ke65 selepas melakukan gerakan cantik bersama Henrikh Mkhitaryan

Namun, Lingard muncul penyelamat United apabila menyamakan kedudukan seminit kemudian.

“Saya sangat gembira dengan keazaman pemain. Mungkin kami kecewa dengan keputusan ini akibat beberapa kesilapan tetapi kualiti boleh ditingkatk­an lagi. Kami tetap puas hati dengan semangat ditunjukka­n pemain,” kata Mourinho.

Sementara itu pengurus Arsenal, Unai Emery beranggapa­n pasukannya berhak menang dalam perlawanan itu.

“Saya fikir kami menguasai perlawanan. Babak kedua lebih baik daripada separuh masa pertama.

“Kami mampu menang tetapi mereka pantas menyamakan kedudukan selepas dua jaringan kami,” katanya.

Ia adalah perlawanan yang disifatkan cukup menarik membabitka­n keduadua pasukan sejak 1986, terutamany­a ketika era Alex Ferguson dan Arsene Wenger.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia