Berita Harian

Klopp berang terjahan keras pemain Burnley

-

Burnley: Jurgen Klopp berang pendekatan fizikal Burnley yang menyaksika­n Liverpool berdepan krisis kecederaan pemain yang serius selepas bangkit daripada ketinggala­n satu gol bagi mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

Kemenangan ke12 itu menyaksika­n skuad The Reds yang menghuni tangga kedua liga melakar pencapaian terbaik dalam permulaan liga selepas 15 perlawanan tetapi Klopp mendedahka­n gesaannya kepada pegawai perlawanan untuk melindungi pemainnya daripada menjadi mangsa terjahan keras pihak lawan tidak diendahkan.

Joe Gomez terpaksa dikeluarka­n pada awal perlawanan selepas tonggak pertahanan England itu mengalami kecederaan ketika Liverpool menang 31 di Turf Moor, sekali gus merapatkan jurang kepada dua mata dengan pendahulu, Manchester City.

Gomez akan menjalani ujian imbasan ke atas kecederaan buku lali kiri selepas menerima terjahan keras daripada pertahanan Burnley, Ben Mee.

“Burnley mempunyai perancanga­n khusus untuk bermain secara agresif dan fizikal. Joe kini cedera dan mungkin serius. Kami perlu melihat perkembang­annya dan dia mengalami kecederaan buku lali,” kata Klopp.

Enggan mohon maaf

Pengurus Burnley, Sean Dyche enggan memohon maaf susulan pendekatan yang diterapkan pemainnya selepas tuan rumah itu hanya dilayangka­n satu kad kuning tetapi Klopp menambah: “Saya pasti dengan mengatakan perkara ini akan menjadikan saya tidak mempunyai ramai kawan.

“Saya katakan kepada pegawai perlawanan selepas terjahan pertama. Saya tidak pasti siapa melakukann­ya tetapi ia terjahan keras yang mana pemain datang dari jarak enam atau tujuh meter bagi mendapatka­n bola.

“Semua orang suka tetapi saya katakan kepada ‘tolonglah beritahu yang mereka tidak boleh melakukan seperti itu’.

“Pengadil seharusnya memastikan ia tidak berlaku. Kamu mendapat bola memang menarik tetapi pemain mengalami kecederaan.

“Kamu boleh bermain secara agresif, tidak mengapa kerana ia sebahagian daripada bola sepak. Cuma perlu lebih berhatihat­i, melakukan terjahan dari jarak enam atau tujuh meter untuk memenangi bola, zaman ini sudah berakhir dan seseorang perlu memberitah­u mereka untuk berhenti daripada melakukan perkara ini,” kata Klopp.

Keputusan Klopp untuk melakukan tujuh pertukaran daripada kesebelasa­n utama menentang Everton hampir memakan diri sehingga gol dijaringka­n oleh James Milner, Roberto Firmino dan Xherdan Shaqiri untuk kembali bangkit selepas ketinggala­n menerusi jaringan Jack Cork.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia