Berita Harian

Nasib pemain Jerman, Malaysia berbeza

-

Bhubaneswa­r: Tanpa memperkeci­lkan lawan, namun hakikatnya, aksi menyaksika­n skuad hoki Pakistan selaku juara dunia sebanyak empat kali buat julung kalinya gagal membenam Malaysia dalam enam pertembung­an di pentas Piala Dunia.

Namun keputusan seri 1-1 itu tidak memberikan berita gembira buat Malaysia yang kini perlu mengorak langkah untuk mengatasi Jerman dalam usaha melangkah ke suku akhir.

Jurulatih Jerman, Stefan Kermas yang rata-rata pemainnya tidak dibayar gaji lumayan mengakui perlu beraksi bersungguh-sungguh untuk menikmati pengiktira­fan selepas kerjaya mereka berakhir kelak.

Tiada elaun

Situasi itu amat berbeza berbanding Malaysia yang menyaksika­n pemain dibayar gaji selesa termasuk pemberian bonus kemenangan daripada kelab masing-masing dan menerima pembelaan secukupnya daripada badan induk iaitu Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC).

Di Jerman, badan induk hoki mereka tidak membayar elaun kepada pemain kebangsaan sebaliknya mereka hanya menerima gaji daripada kelab masingmasi­ng.

“Mereka perlu beraksi untuk negara dengan sepenuh hati. Saya gembira mereka setakat ini beraksi dengan penuh semangat demi Jerman. Mereka sedar betapa mereka juga perlu menuntut ilmu seiring dengan kerjaya kerana tahu sebaik karier hoki berakhir, mereka perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan,” kata Kermas yang juga seorang peguam.

Menurutnya, kehidpuan pemain hoki di Jerman tidak seindah seperti diakui Dan Nguyen Luong.

“Keluarga saya datang dari Vietnam tetapi saya lahir di Jerman dan memilih hoki kerana ramai kawan saya memilihnya.

Perlu bekerja

“Tetapi ia bukan mudah untuk saya membahagik­an masa belajar dan bermain hoki untuk skuad negara,” kata Dan yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat PHD dalam bidang analisis komputer.

“Saya faham selepas kerjaya hoki yang pendek ini saya perlu bekerja dan nampaknya ia tiada pilihan melainkan saya perlu meneruskan pengajian dan bermain bersungguh-sungguh untuk mencapaika­n cita-cita dalam kedua-dua bidang,” katanya.

Dan sudah beraksi untuk Jerman sejak 2014 dengan hanya memiliki 46 kaps, tidak seperti rakan seperjuang­an di Malaysia yang masing-masing memiliki 80 hingga100 kaps dalam tempoh yang sama.

Ahad ini, penampilan pasukan Jerman dan Malaysia pastinya berbeza dan diharapkan pemain kebangsaan Malaysia memiliki semangat juang melebihi yang dimiliki pemain seperti Dan serta rakarakann­ya.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Pemain Malaysia, Nabil Noor mengawal bola pada aksi menentang Pakistan di pentas Piala Dunia, kelmarin.
[ FOTO AFP ] Pemain Malaysia, Nabil Noor mengawal bola pada aksi menentang Pakistan di pentas Piala Dunia, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia