Berita Harian

‘Kami masih berpeluang’

Harapan Oltmans selepas Malaysia perlu menewaskan Jerman Ahad ini

-

Jugjet Singh

Malaysia bermain seperti skuad baharu dibentuk manakala Pakistan pula menampilka­n aksi hambar untuk meletakkan kedua-dua pasukan dalam masalah besar dalam saingan hoki Piala Dunia di sini, kelmarin.

Beraksi dalam Kumpulan D, skuad negara selepas ini mesti menewaskan Jerman untuk layak ke pusingan seterusnya. Jika skuad bimbingan Roelant Oltmans berupaya seri sekalipun, Belanda mesti menewaskan Pakistan dengan enam gol untuk membantu Malaysia.

Malaysia tewas kepada Belanda 7-0 manakala Pakistan pula hanya kecundang 1-0 di tangan Jerman pada perlawanan pembukaan masing-masing.

Ketika ditanya mengenai aksi Malaysia-pakistan, Oltmans menjawab: “Kenapa? Anda tidak melihat perlawanan itu.”

Apabila ditekan, jurulatih berbangsa Belanda itu akhirnya bersetuju - laluan Malaysia sememangny­a semakin sukar.

Situasa sukar

“Kita berada dalam situasi sukar sekarang kerana mesti menang ke atas Jerman untuk terus beraksi di Piala Dunia. Tapi tiada perubahan rancangan, kami masih dengan pelan untuk pergi sejauh mungkin dan jika ia bermakna kami perlu menewaskan Jerman, biarlah.”

Tetapi ia lebih mudah bercakap daripada melakukann­ya kerana Jerman secara tradisinya dikenali sebagai pasukan yang kerap memulakan kejohanan dengan perlahan sebelum meningkatk­an aksi untuk mengejutka­n pencabar mereka dalam kebanyakan kejohanan besar.

“Ya, saya agak kecewa ketika undian dikeluarka­n kerana tidak berjumpa Jerman pada aksi pertama. Jerman selalunya lambat panas dan hanya meningkatk­an aksi mereka pada setiap perlawanan.

“Jadi, mereka kini pasti berada pada tahap terbaik ketika menentang Malaysia,” kata Oltmans.

Pakistan agak bernasib baik kerana hanya tewas tipis satu jaringan kerana Jerman belum mencapai tahap sebenar, tetapi Belanda tidak menunjukka­n sebarang belas ehsan apabila membelasah anak buat Oltmans dengan tujuh gol.

“Kami mungkin berada dalam situasi lebih buruk berbanding Pakistan, tapi masih ada perlawanan yang perlu diharungi. Peluang untuk membuat kejutan tetap ada,” katanya.

“Kami masih berpeluang untuk ke suku akhir dan itulah sasaran kami.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia