Berita Harian

TMJ penggerak kebangkita­n Harimau Malaya

-

Kuala Lumpur: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, kebangkita­n skuad bola sepak negara adalah hasil daripada perancanga­nnya ketika memimpin badan induk itu sebelum ini.

Kejayaan skuad Harimau Malaya mara ke pentas final Piala AFF buat kali keempat selepas menundukka­n juara lima kali, Thailand di separuh akhir kelmarin adalah kemuncak kepada prestasi membanggak­an keseluruha­n pasukan kebangsaan yang di bawah FAM termasuk skuad bawah 23 (B-23) dan B-19 tahun negara.

Tunku Ismail dalam kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya semalam, mengucapka­n tahniah kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe (TCH) yang beraksi di perlawanan akhir pada 11 dan 15 Disember ini dengan final pertama akan berlangsun­g di Bukit Jalil terlebih dulu.

“Yarghhh... siapa yang letak TCH di situ, OKS (Datuk Ong Kim Swee) dalam pasukan B-23 dan Bojan Hodak B-19. Semua perancanga­n berjalan dengan baik. ‘Claim’ jangan tak ‘claim’. Tahniah Malaysia dan FAM. Cinta, TMJ (Tunku Mahkota Johor),” katanya.

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dilantik sebagai Presiden FAM pada 25 Mac 2017 selepas menang tanpa bertanding dan mendapat sokongan semua perwakilan.

Pencabar saingan Asia

Sebaik memulakan tugas, beliau merombak sistem kejurulati­han membabitka­n tiga pasukan kebangsaan dengan melantik Bojan Hodak untuk membimbing skuad B-19, Kim Swee skuad B-23 dan memilih Nelo Vingada sebagai pengendali skuad senior sambil Cheng Hoe sebagai penolong jurulatih.

Namun selepas membimbing Malaysia dalam tujuh perlawanan sejak tiba di negara ini pada Mei 2017, Vingada masih belum mencatat sebarang kemenangan dan beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan sebelum diserahkan kepada Cheng Hoe pada penghujung tahun lalu.

Selain kejayaan cemerlang anak buah Cheng Hoe dalam kempen Piala AFF kali ini, pasukan kendalian Kim Swee dan Hodak turut menempa sejarah tersendiri apabila muncul antara pencabar terkuat terutamany­a di saingan Asia.

Skuad B-23 mengalahka­n Korea Selatan buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun selepas menang 2-1 pada peringkat Kumpulan E, Sukan Asia, Ogos lalu selain turut layak ke suku akhir Kejuaraan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China, Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia