Berita Harian

PDRM diarah lunas gaji 12 pemain

PP, Terengganu City turut berdepan tindakan sama

-

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengarahka­n Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) untuk menyelesai­kan tuntutan tunggakan gaji 12 bekas pemainnya sebanyak RM522,000.

Pengerusi Jawatankua­sa Status FAM, Mohd Joehari Ayub dalam satu kenyataan memaklumka­n tunggakan gaji berkenaan yang tertakluk kepada potongan wajib pendapatan, perlu dilunaskan PDRM FA dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh penerimaan keputusan berkenaan.

PDRM FA masih berhutang kepada tiga pemain, masingmasi­ng sebanyak RM30,000 iaitu Khairul Nidzam Mohammad Noor, Mohamad Nabil Ahmad Latpi dan Mohd Sheril Anuar Saini, selain jumlah tunggakan sebanyak RM36,000 kepada tiga lagi pemain iaitu Muhammad Amer Syafeeq Aziz, Muhammad Hariz Irffan Mohd Nazri dan Muhammad Rafizi Zahari.

Selain itu, ia turut perlu melunaskan tunggakan gaji sebanyak RM42,000 kepada Muhamad Baqiuddin Shamsudin, Hazwan Fakhrullah Mohd Zuridi dan Muhammad Ilham Yusof (RM48,000), Mohamad Hariz Fazrin Mohd Nazri dan Mohd Kamal Rodiarjat Md Ali @Madi (RM54,000) serta Muhammad Nazri Mohd Kamal (RM78,000).

Mohd Joehari menyatakan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang turut diarahkan membayar tunggakan gaji dan elaun perumahan (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) sebanyak RM398,000 kepada enam orang bekas pemainnya dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan itu.

Persatuan berkenaan perlu melunaskan tunggakan gaji kepada Mohd Lot Abu Hassan sebanyak RM33,000, Mohd Alafi Mahmud (RM38,000), Muhammad Al-hafiz Hamzah (RM54,000), Mohd Fitri Shazwan Raduwan (RM78,000), Norhafiz Zamani Misbah (RM78,000) dan Mohd Raimi Md Noor sebanyak RM117,000, jelas Mohd Joehari.

Turut menerima nasib sama adalah Kelab Bolasepak Terengganu City yang dikehendak­i membayar tunggakan gaji (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) kepada empat bekas pemain dan jurulatih pasukan berkenaan.

Mohd Joehari menyatakan pasukan berkenaan perlu melunaskan tunggakan gaji kepada Muhamad Shadiduddi­n Sehat dan Muhammad Naim Mazlan, masing-masing sebanyak RM14,000, Hamdan Mohamad (RM42,000) dan jurulatih, Md Noor Md Derus (RM72,000).

Bayar pampasan

Beliau turut menjelaska­n Kelab Bolasepak Kementeria­n Kewangan Malaysia perlu membayar pampasan kontrak, masing-masing kepada dua bekas pemainnya iaitu Muhammad Nurikhwan Mohamad Ismail (RM30,000) dan Mohamad Rahimi Rahim (RM21,000) dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh penerimaan keputusan berkenaan.

Mohd Joehari menegaskan jika semua persatuan berkenaan gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan pertanding­an, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan responden yang masih berbaki di FAM, akan dibayar terus kepada semua pengadu berkenaan.

Beliau menjelaska­n perkara berkenaan akan dibawa kepadajawa­tankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbang­an dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas, masih tidak mencukupi.

Dalam perkembang­an berasingan, Mohd Joehari memaklumka­n Muhammad Akhyar Abdul Rashid perlu membuat bayaran nilai tebus kontrak RM210,000 kepada Persatuan Bolasepak Kedah (Kedah FA) berhubung penamatan kontraknya melalui tebus kontrak.

Mohd Joehari berkata, manamana pasukan berminat mendapatka­n khidmat Muhammad Akhyar perlu membayar RM75,000 kepada Muhammad Akhyar dan Kedah FA sebagai pampasan latihan pemain berkenaan.

Semua keputusan berkenaan diputuskan pada mesyuarat kali kesembilan Jawatankua­sa Status FAM bagi penggal 2017-2021 yang berlangsun­g di Wisma FAM, Kelana Jaya, baru-baru ini.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia