Berita Harian

Soon Kit antara 5 jurulatih mungkin digugur

-

Kuala Lumpur: Jurulatih beregu lelaki, Cheah Soon Kit difahamkan antara lima jurulatih yang berada dalam senarai tidak disambung kontrak dan digugurkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Soon Kit ditawarkan tempat sebagai jurulatih beregu lelaki oleh BAM pada November 2015 dan memulakan tugasnya secara rasmi pada Januari 2016. Dia kembali selepas meninggalk­an badan induk itu pada Disember 2007 sebagai jurulatih beregu wanita.

Pada Jun 2017, dia dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih beregu lelaki bagi menggantik­an Jeremy Gan susulan perubahan struktur kejurulati­han BAM.

Namun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila jawatannya itu ‘dirampas’ jurulatih dari Indonesia, Paulus Firman yang dinaikkan pangkat pada Julai lalu selepas tiada peningkata­n ditunjukka­n barisan pemain beregu lelaki negara.

Antara faktor lain yang turut menjadi peyumbang kepada keputusan berkenaan adalah disebabkan pemain beregu lelaki negara hilang kepercayaa­n ke atas pemenang pingat perak Olimpik Atlanta 1996 itu apabila menyuaraka­n rasa kurang senang terhadap cara Soon Kit mengendali­kan latihan.

Empat lagi jurulatih yang dilaporkan mengalami nasib sama ialah jurulatih perseorang­an lelaki, Sairul Amar Ayob; jurulatih perseorang­an wanita, Rony Agustinus; jurulatih beregu wanita, Lim Pek Siah dan jurulatih beregu campuran, Teo Kok Siang.

Kecilkan skuad

Kelmarin, Pengerusi Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Ng Chin Chai, berkata badan induk itu akan mengecilka­n bilangan skuad negara pada tahun depan dengan menggugurk­an lima jurulatih dan 12 pemain kebangsaan.

Katanya, selepas penilaian dalam mesyuarat C&T, BAM memutuskan untuk mengecilka­n skuad sedia ada daripada 60 kepada 48 pemain manakala jurulatih kebangsaan ketika ini seramai 17 akan dikurangka­n kepada 12.

Chin Chai bagaimanap­un enggan mendedahka­n senarai nama jurulatih dan pemain terbabit, namun memberitah­u mereka sudah diberitahu terlebih dahulu sebelum perkara itu dibincangk­an dalam mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia