Berita Harian

Tiket mula dijual hari ini

-

Kuala Lumpur: Tiket bagi aksi final pertama Piala AFF 2018 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa ini akan dijual secara atas talian mulai hari ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan media yang dikeluarka­n semalam berkata, penyokong Harimau Malaya boleh membeli tiket itu di www. tickethotl­ine.com.my mulai jam 9.00 pagi.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, berkata penjualan tiket secara dalam talian untuk final pertama itu adalah sebanyak 40,000 keping dengan 20,000 keping akan dijual hari ini sehingga habis, manakala 20,000 keping lagi akan dijual esok bermula 9.00 pagi.

“Untuk jualan tiket secara fizikal pula akan bermula pada Ahad. Hal ini kerana tiket hanya akan mula dicetak di Bangkok, oleh syarikat tiket yang dilantik oleh Persekutua­n Bolasepak ASEAN (AFF) selepas keputusan satu lagi aksi separuh akhir 2, Vietnam lawan Filipina di Hanoi, malam tadi diketahui.

Tiket dijangka tiba esok

“Mengikut jadual, tiket yang telah siap dicetak itu nanti dijangka tiba di Kuala Lumpur pada Sabtu (esok), sekali gus ia hanya boleh mula dijual secara fizikal pada pagi Ahad ini, itu pun jika tiada sebarang kelewatan penerimaan tiket berkenaan,” katanya.

Harga tiket ditetapkan pada RM40 bagi tempat duduk terbuka (RM10 lebih murah berbanding tiket Piala AFF 2014) dan RM5 bagi tiket kanakkanak, sementara satu lagi kategori tiket yang diperkenal­kan kali ini ialah tiket RM50 bagi tempat duduk grandstand.

Bagaimanap­un lokasi penjualann­ya baki 40,000 tiket ini akan dimaklumka­n kemudian.

FAM turut menyampaik­an satu berita baik kepada penyokong Harimau Malaya yang berjaya hadir ke Stadium Rajamangal­a, Bangkok, kelmarin apabila bakal memberi keutamaan kepada mereka untuk mendapatka­n tiket final nanti.

Perlawanan akhir kedua Piala AFF akan berlangsun­g di Hanoi pada Sabtu depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia