Berita Harian

‘Teruskan cerita indahmu Harimau Malaya’

-

Selepas menempuh malam yang mendebarka­n dengan cukup indah, skuad Harimau Malaya kini dalam landasan terbaik untuk menamatkan kemarau lapan tahun kejuaraan Piala AFF.

Barisan pemain Tan Cheng

Hoe yang tidak banyak diberikan harapan di permulaan kempen membuktika­n misi ke final seperti disasarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bukan mustahil.

Mungkin ada yang menganggap ia satu kejutan buat Malaysia menyingkir­kan juara bertahan, Thailand untuk mara ke final buat kali keempat. Apa yang dipamerkan anak buah Cheng Hoe di Stadium Nasional Rajamangal­a pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF kelmarin sebenarnya menggambar­kan betapa ‘laparnya’ Harimau Malaya untuk memburu gelaran.

Memang faktor tuah juga memainkan peranan apabila penyerang Thailand, Adisak Kraisorn gagal memanfaatk­an sepakan penalti untuk membolehka­n Malaysia seri 22 dan mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Tapi kesungguha­n pemain negara untuk segera bangkit menyamakan kedudukan sebanyak dua kali membuktika­n kekuatan mental yang ada pada pemain negara sekali gus memberi tekanan kepada Gajah Perang.

Kekal penguasaan bola

Pemain negara tidak gelabah selepas ketinggala­n sebaliknya tenang mengekalka­n penguasaan bola dalam menyerap tekanan, sesuatu yang kita mahu saksikan selama ini.

Lebih penting, mereka memanfaatk­an setiap peluang yang agak terhad dapat dicipta pada perlawanan itu berbanding ketika seri 00 pada pertemuan pertama di Bukit Jalil Sabtu lalu.

Tapi cerita indah Harimau Malaya tidak boleh terhenti setakat ini, kerana piala idaman selaku jaguh Asia Tenggara perlu ditakluki sebelum berkirakir­a ingin mencabar pasukan Asia.

Beberapa kelemahan harus diperbaiki terutama berdepan situasi ‘setpiece’ seperti didedahkan Thailand kelmarin.

Tidak kira siapa lawan selepas ini, gunakan sebaikbaik­nya kelebihan beraksi di laman sendiri pada final timbal balik 11 dan 15 Disember ini andai mahu tidur lena mendakap trofi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia