Berita Harian

‘Kami tak hina Chatchai’

Pemain dakwa sekadar tindak balas provokasi penjaga gol Thailand

- Oleh Firdaus Hashim

Pemain skuad Harimau Malaya menafikan dakwaan mereka tidak profesiona­l ketika meraikan kemaraan Malaysia mara ke pentas final Piala AFF dengan aksi ‘menghina’ penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom sebaik wisel penamat ditiupkan di Stadium Nasional Rajamangal­a, Bangkok, kelmarin.

Pada separuh akhir kedua yang berkesudah­an seri 2-2 itu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe berjaya menamatkan perjuangan pasukan tuan rumah menerusi peraturan gol di tempat lawan namun cara pemain negara menyambut kemenangan itu dikatakan menimbulka­n kemarahan penyokong skuad Gajah Perang.

Menerusi rakaman video yang menjadi tular di media sosial sejak kelmarin itu, barisan pemain di bangku simpanan negara berlari ke arah Chatchai sebaik berakhirny­a perlawanan dengan ada yang berlari mengelilin­gi penjaga gol serta ada juga berbaring di depannya.

Penyerang negara, Syafiq Ahmad menjelaska­n, insiden itu sebenarnya berpunca daripada Chatchai sendiri yang melakukan provokasi ketika gol kedua Thailand dijaringka­n pada minit ke-63 apabila berlari ke arah bangku simpanan Malaysia dengan membuat gaya tidur kepada pemain dan pegawai pasukan.

Tidak hanya terhenti di situ, penjaga gol berusia 31 tahun itu sekali lagi mengulangi aksinya apabila tuan rumah dihadiahka­n sepakan penalti pada masa kecederaan namun sepakan yang diambil Adisak Kraisorn melambung tinggi untuk membawa Harimau Malaya ke final.

Provokasi dari penjaga gol

“Sebenarnya ramai tak nampak apa hal sebenar yang berlaku di atas padang. Sebenarnya provokasi dimulakan oleh penjaga gol Thailand yang datang ketempat kami dan mengejek kita macammacam.

“Siapa tak geram bila tengok pemain tuan rumah menghina kita. Jadi bila pengadil tiup wisel, kami secara spontan lari dan buat balik apa yang dibuat kepada kita.

“Itu saja. Tapi selepas itu penjaga gol mereka datang dan bersalaman dengan kami,” katanya kepada Sukan NSTP sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Bagi tonggak pertahanan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak, dia mengakui turut geram dengan sikap Chatchai yang tidak menghormat­i pasukan lawan sejak sidang media pra-perlawanan lagi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Chatchai melakukan provokasi ketika gol kedua Thailand dijaringka­n dengan membuat gaya tidur kepada pemain dan pegawai pasukan.
Chatchai melakukan provokasi ketika gol kedua Thailand dijaringka­n dengan membuat gaya tidur kepada pemain dan pegawai pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia