Berita Harian

Jurulatih Thailand didesak undur

-

Bangkok: Gara-gara tersingkir daripada kempen Piala AFF 2018, jurulatih Thailand Milovan Rajevac didesak untuk meletakkan jawatan.

Pada sidang media selepas perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangal­a yang menyaksika­n juara bertahan itu seri 2-2, sekali gus terkandas menerusi peraturan gol di tempat lawan, Rajevac diasak media tempatan dengan soalan panas.

Namun pengendali kelahiran Serbia itu jelas enggan menyentu mengenai kedudukann­ya.

“Itu bukan soalan yang perlu ditanya pada sidang media ini,” katanya dengan nada tidak berpuas hati.

Impian skuad Gajah Perang melangkah ke final lebur apabila penyerang Adisak Kraisorn gagal menyempurn­akan sepakan penalti pada lewat permainan ketika kedudukan terikat 2-2.

Ternyata badi sepakan penalti terus menghantui Rajevac yang sebelum ini mengalami kekecewaan sama ketika membimbing Ghana pada pusingan akhir Piala Dunia 2010.

Pasukannya dihadiahka­n sepakan penalti pada akhir permainan menentang Uruguay namun penyerang, Asamoah Gyan gagal memanfaatk­annya lalu menyebabka­n mereka gagal ke separuh akhir.

“Kami memiliki sepakan penalti tapi gagal menyempurn­akannya. Kami cuma tidak bernasib baik. Saya ada terfikir untuk meminta pemain lebih cergas bagi mengambil sepakan itu tapi sebelum perlawanan kami sudah bersetuju untuk Adisak mengambil sepakan penalti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia