Berita Harian

Layak ke final mimpi mengasyikk­an

-

lawan. Impian yang tak pernah padam menyaksika­n kita kembali ke pentas akhir sejak kali terakhir melakukann­ya pada tahun 2014 walaupun tewas kepada pasukan sama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kini mimpi menyaksika­n Malaysia kembali ke pentas akhir menjadi nyata. Ianya bukanlah mimpi ngeri tetapi ia mimpi yang mengasyikk­an. Harimau Malaya yang memulakan langkah dengan kritikan dari pelbagai sudut, akhirnya membuktika­n usaha dan kesungguha­n tanpa kenal erti putus asa untuk berjaya akan membuahkan hasil. Hakikatnya pasukan kendalian Tan Cheng Hoe sudah berjaya mencapai sasaran ke separuh akhir dan seterusnya ke perlawanan akhir.

Keyakinan Malaysia akan layak ke perlawanan akhir pada tahun ini memuncak selepas kemenangan ke atas Kemboja dan Laos. Pun begitu, pasukan kebangsaan menempah laluan berliku apa- bila kalah dalam perlawanan ketiga menentang Vietnam di Hanoi. Namun kekalahan itu bukanlah penamat. Buktinya, di hadapan kira-kira 80,000 penyokong, skuad negara membenam Myanmar dengan kemenangan selesa.

Separuh akhir pertama di Bukit Jalil menjadi satusatuny­a pasukan yang berjaya mengekang Thailand daripada menjaringk­an gol dalam edisi kali ini. Berkesudah­an seri 0-0 memaksa pelawat hanya mempunyai pilihan menang ketika aksi kedua manakala Malaysia hanya memerlukan keputusan seri dengan sekurang-kurangnya satu gol dijaringka­n.

Keputusan di dalam padang

Keputusan yang dilihat positif di Bukit Jalil menerima kritikan dan pujian dari pelbagai pihak. Tidak kurang juga yang mempertika­ikan statistik perlawanan yang jelas menunjukka­n Malaysia menguasai perlawanan tetapi tidak menjaringk­an gol. Setiap individu mempunyai pandangan masing-masing. Namun ini bukanlan satu tiket untuk mengkritik pasukan negara di saat sokongan penuh yang ditagih demi menaikkan semangat.

Akhirnya, segala-galanya dibalas dengan keputusan di dalam padang. Separuh akhir kedua di Bangkok dengan gol yang dijaringka­n Syahmi Safari dan Mat Yo membawa Malaysia ke perlawanan akhir. Terngiang-ngiang kata-kata Ahmad Fakri Saarani “... kalau bola tak nak masuk, tak masuk gak, kita buat la macam mana pun”.

Apapun, kita sudah berada di perlawanan akhir. Siapa pun lawan kita nanti, kita lawan, jangan gentar. Sudah lama kemenangan kita ditangguhk­an. Jadikan, 2018 tahun kebangkita­n Harimau Malaya. Sesungguhn­ya hanya satu Harimau Malaya di dunia, iaitu kita Malaysia, tanah tumpah darahku. Semoga kejuaraan tahun ini milik kita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia