Berita Harian

41 mangsa kes letupan stabil

Diletakkan di bawah pematauan rapi

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahka­n 41 mangsa kes letupan gas di Pusat Beli Belah Cityone Megamall, di sini berada dalam keadaan stabil dan diletakkan di bawah pemantauan rapi.

Pengarahny­a, Dr Jamilah Hashim berkata, mangsa yang terselamat dalam tragedi itu mengalami luka terbakar pelbagai peringkat, gangguan pernafasan, patah tulang, kecederaan tisu dan otot, luka serta sesak nafas.

Menurutnya, sehingga kini seramai 30 menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS), manakala bakinya dirawat di dua hospital swasta di bandar raya ini.

Katanya, daripada jumlah keseluruha­n itu, 10 mangsa sudah dibenarkan keluar dari hospital, namun pemantauan lanjut masih diteruskan.

Terus memantau

“Semua mangsa cedera stabil dan jumlah kematian masih kekal tiga (orang),” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Mangsa yang maut disahkan sebagai O Kui Lim 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, masing-masing dari Kuching, manakala Chin Hsien Loong, 29, dari Butterwort­h, Pulau Pinang.

Dr Jamilah berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan semua mangsa dari semasa ke semasa.

Mayat dituntut keluarga

Katanya, dua mayat mangsa sudah dituntut keluarga semalam untuk proses pengebumia­n, manakala seorang lagi mangsa dari Pulau Pinang akan dihantar pulang hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, letupan dipercayai berpunca dari gas berlaku jam 3.20 petang. Keadaan itu menyebabka­n semua mangsa terbaring bergelimpa­ngan berhampira­n sebuah restoran yang sedang diubah suai.

Polis mengesahka­n tiada unsur keganasan berlaku dan siasatan lanjut giat dijalankan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia