Berita Harian

Fokus main ‘game’ elak takut sakit kena khatan

-

Pelbagai gelagat kanak-kanak memeriahka­n suasana Program Berkhatan Beramai-ramai anjuran Kesatuan Kakitangan Perkhidmat­an Tadbir dan Awam Polis Sabah (SPACSU) di Masjid Nur Islam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan, di sini, semalam.

Ada yang menjerit, menangis, takut, tenang dan ada juga kanakkanak sibuk bermain `game’ dalam telefon bimbit ketika dikhatan.

Program bermula jam 7.30 pagi itu membabitka­n seramai 50 anak pegawai polis, anggota pangkat rendah dan pegawai awam polis kontinjen Sabah yang dirasmikan oleh Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah.

Omar turut melakukan simbolik perasmian program berkenaan dengan menyiram semua kanak-kanak menggunaka­n pancutan air dari jentera bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu.

Dimandikan

Selepas dimandikan semua kanakkanak terbabit dikumpul sebelum dipanggil satu persatu untuk dikhatanka­n.

Bagi Muhammad Zuhair Bujang Abd Rahim, 9, ketika dimaklumka­n dia akan berkhatan, dia hanya tenang walaupun ada rakan-rakannya memaklumka­n berkhatan menyakitka­n.

“Sebaik dipanggil masuk ke bilik tempat berkhatan, saya mula memegang telefon dan bermain ‘game.’

Lebih tenang

“Saya hanya rasa sikit-sikit sahaja sebab fokus bermain ‘game’ ketika dikhatan,” katanya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Beringgis, Papar.

Bagi Mierul Izzuan Azmi, 11, dia tidak bimbang dikhatanka­n membolehka­nnya lebih tenang ketika menjalani proses berkhatan sambil fokus bermain ‘game.’

Terdahulu, Omar berkata, program berkhatan beramai-ramai yang dianjurkan SPACSU itu adalah kali kedua selepas tahun lalu yang membabitka­n seramai 30 anak-anak warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah.

 ?? [ FOTO MOHD ROJI KAWI/ BH ] ?? Keadaan ruang bahagian depan restoran yang runtuh akibat letupan di Pusat Beli Belah Cityone di Kuching.
[ FOTO MOHD ROJI KAWI/ BH ] Keadaan ruang bahagian depan restoran yang runtuh akibat letupan di Pusat Beli Belah Cityone di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia